**CINTA si  GULA-GULA HATI**

..kadang kala kata tidak terluah, namun biarlah penulisan merungkai kisah jiwa..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

Saturday, July 21, 2012

Chenta??

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami … menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA
 
  Nota kaki : itu pun masih ada yang tak pandai menghargai! ! grrrr..

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Thursday, July 12, 2012

tak mau cakap apa dah...

Assalamualaikum w.b.t

Rindu apakah? Buang tebiat pulak Cik Fyza nak post jiwang-jiwang malam ni. Huaa, hakikatnya memang aku RINDUkan seseorang yang JAUH DI MATA DEKAT DI HATI. *ahakz, nak terbatuk kalau pakcik dan makcik dengar*

Awak, dengar tak yang saya rindukan awak? Haih, macamlah orang yang aku rindui tu akan tahu yang aku tersangatlah *infinity* punya kerinduan dah nih. Aduh, rasa nak menggigil DEMAM RINDU sampai esok pagi ni!

Salah ke kalau aku nak rindukan dia? Tak salah kot kan? Nie jaa yang aku mampu pon kan..huuwwaa.. :'( sadisss... Tolong laa balik sini cepat sikit. Awak, saya sakit tau! Sakit teramat sangat bila berjauhan macam ni. Buat apa pun serba tak kena! Awak tau ke semua tu? Tak tau pun kan? Sebab tuu awak boleh gelak-gelak jaa bila saya cakap or luah kat awak kan? grrr...tak pa! Nanti awak dah ada depan mata saya, saya tau laa nk ajar awak macam na..DENDAM RINDU YANG TERAMAT DALAM!! Paham?? *sambil garu pala*

Ya Allah, rasa rindu ini terlalu mendalam untuk diungkapkan! Hakikatnya rindu yang terpalit di hati ini sungguh menebal tatkala kali pertama bertentang mata dengannya. Dia ciptaan Allah yang indah, cukup sempurna sifatnya, menjadikan aku rasa cukup senang dan tenang bersamanya. Ya Allah, alangkah indahnya jika Kau tetapkan dia dekat dengan ku supaya aku dapat jaga dia tatkala dia perlukan aku. Biarlah kami saling melengkapi antara satu sama lain. Amin.

Wuaa, sedih siotttt! Pergh, dah meleleh air mata dan hidung menahan sedih. Saya rindu sangat kat awak FAHAM tak??? Saya tahu awak takkan tahu apa yang saya rasa. Sob sob sob. Haih, kenapalah Allah takdirkan awak jauh dari saya? Saya betul-betul rindukan awak, SANGAT dan SANGAT!

Saya RINDU awak, saya SAYANG awak, saya CINTA awak!
**Balik laa sini cepat bie..
rindu macam nak pengsan..wuhuhuhu~
*sambil lap air mata*
Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Wednesday, July 11, 2012

hari ke-3...

hurm... Assalamulaikum, hari nie aku taknak ckp panjang berjelar sebab terlalu moody.. nak tau kenapa? sebabnya incit <3 tak dak..huwaaa :'( dia kena masuk hutan seminggu..masuk hari isnin kelmarin dulu..hari nie dah 3 hari dia kat sana..kuar hari isnin minggu depan plak..mak aii...lama gila kott..:(  aku tak dapat contact dia langsung sebabnya.. dia tak bawak fon.. now, aku tak tau perkembangan dia, n dia pun tak tau perkembangan aku..sedihnya...tapi, harap dia tak pernah lupa aku..walau sesaat pun..:'(  al-maklumlah, dia terpaksa ikut peraturan lagi pun nie minggu last krusus dia.. nanti tak pasal kena cop kurang ajar plak kan..hmm, masuk hutan kali nie "MEDAN AKHIR" la kot org panggil kan dalam tentera.. arrhh..whatever lah.. rindu tahap gaban dah nie..macam-macam rasa dah ada.. tak pa, sabar fyza sabar eah.. ok lah, nk stop dah nie.. ha! sebelum tuu aku nk bagitau laa..kalau lama aku tak update blog maknanya aku busy sesangat laa..now, aku dok menjait manik orang tempah nie n sambil tolong jiran buat kuih raya..yg orang oder..kan tak lama lagi dah nak raya..siang aku buat kuih, malam plak menjait..so, masa aku pun makin hari, makin padat..nak gak dia pun busykan diri..hewhew.. busy ke tak busy ke, still pala otak nie asyik pikir dia at sana.. semoga dia baik-baik jaa at sana serta sentiasa di jauhi n di lindungi dari perkara yg tak diingini.. Aminyarabbalalamin... semoga dia dibawah lidungan MU YA ALLAH.. apa yg aku harap lagi, semoga dia pun tgk gak bulan..sebab sehari sebelum dia g, dia pesan soh aku tgk bulan tiap-tiap malam sebelum tido..:') sweettt..tuu yg buat aku bertambah rindu..ok lah, kali nie betul-betul aku nak kena stop..ada keja plak dok menunggu..papai! muuaaahh! **gedikkksss..:) wassalam..

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Monday, July 9, 2012

biar dia tahu saya TAK SEMPURNA...

Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...
Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...
Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...
So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan ? I trust HIM more.. (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna... Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)
LADIES: We don’t need to have an attractive body or pretty face, to have that attractive man. We just need to be confident in our OWN skin. :)
Life is too short to worry about what others say or think about you. Have fun and give them something to talk about.

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Saturday, July 7, 2012

kenapa susah sangat nak gembirakan orang lain?

Assalamualaikum,
Entri sebelum aku pengsan untuk tengahari nie..


EH!!..bukan nak cerita pasal plaster dan love tu ye..hehe...tu sekadar hiasan je...:)
Korang pernah tak rasa apa aku rasa?. Mesti ar pernah kan? Susah untuk gembirakan orang lain terutamanya dalam family kita sendiri, dalam berkawan dan dalam berpasangan malah dalam bermasyarakat pun susah untuk kita gembirakan orang lain. Dalam dunia ni memang orang pentingkan tu ke?.

Kalau dalam keluarga, salah sikit, tak dengar cakap ke mulalah ahli keluarga tu nak bermasam muka nak merajuk dan segala bagai lagi lah. Pastu kalau dalam berkawan pulak, kalau dulu selalu cakap 'kau lah sahabat aku dunia dan akhirat', 'kaulah kawan sehidup semati' dan bermacam-macam lagi la. Kalau dalam berpasangan pulak, tak ikut cakap atau kena paksa sikit dah mula nak marah-marah. Pastu suruh buat tu la buat ni la tapi bila kita tak ikut cakap dia mula la nak merajuk. Kita tak buat benda-benda yang disuruh tu mestilah bersebab bukan saja-saja taknak buat. huhu. Last-last dia pulak yang merajuk. So? susahkan nak gembirakan orang lain. Dalam bermasyarakat pulak, lagi la sangat-sangat susah. Nak tau?. Sebabnya dalam bermasyarakat ni, kan ramai yang tengok. Kita buat ape semua nak ditahunya. Bila tak berkenan dengan cara kita, haaaa!! mula la bawak cerita dari rumah ke rumah. oh!! menyampahnya!!!!!..

Aku membebel ni bukannya nak cakap yang aku ni baik dan selalu gembirakan hati orang. aku pun ada kelemhannya jugak?. Nak tau ke?. Eh!! Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh! (versi upin ipin. haha)

Bagi aku, memang susah nak gembirakan orang lain. tak tau la korang kan?.hehe.
itu saja dari aku,okey bai!


P/S: Kalau korang rasa nak tambah apa-apa sila la beri sepatah dua kata..Nak bagi banyak-banyak patah kata pon boleh..jangan malu jangan segan tau!!..:)


Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Friday, July 6, 2012

InsyaALLAH bie...

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..

Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun ALLAH yang RANCANG..

Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..

Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..

Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana ALLAH SAYANG PADA KITA..

Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, ALLAH yang RANCANG...

Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan
BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan...

jadi, usah risau..
andai kamulah JODOH yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untukku...

InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...

Credit to: Muhamad Firdaus Bin. Suhaimi 


Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Thursday, July 5, 2012

BAHAGIA dalam DUKA...

Apa itu bahagia? Adakah apabila kita dapat bertemu dengan kekasih yang tercinta dan disulam gelak dan tawa. Adakah di situ terletaknya erti bahagia? Adakah bila mana yang boifren/gurlfren yang ada sangat mengambil berat dan menjaga hati anda dan anda di layan seperti raja/permaisuri. Adakah di situ terletaknya bahagia? Dan di saat anda menyatakan dengan yakin. 'Saya bahagia adanya awak menemani saya sepanjang waktu'. Padahal tiada lagi ikatan yang sah antara mereka. Jadi di mana bahagia?

Lama aku mencari jawapan. Dulu aku sangka bahagia ada bersama dengan yang tersayang. Nyata aku silap dalam mencari erti bahagia yang sebenar. Dulu aku sangka bahagia itu datang dengan rasa tersenyum girang. Nyata senyum itu tidak terukir sepanjang masa. Dulu aku sangka bahagia itu datang apabila diri ini dapat membahagiakan yang lain. Nyata diri ini tidak terlepas dari khilaf bila mana ada juga hati yang terluka. Dan bila semua ini tak memberi makna dan aku masih lagi kadang berduka.

Murung tak bermaya. Kadang gembira tapi tak lama. Kerana ada saat-saatnya aku hidup terduga. Bila orang yang tersayang mula membenci, bila Allah cabutkan senyum yang kononnya membawa bahagia dan bila mereka yang ku sangka bahagia dengan adanya aku di sisi mereka mula meletakkan jarak akibat khilaf ku sendiri. Ini dugaan. Ini cubaan. Tuhan sedang mengajar aku erti bahagia yang sebenar. Bagaimana merasa bahagia dalam duka.

Jadi, manakah bahagia yang hakiki? Tiada lain. Hanya dengan meletakkan Cinta Mu ya Rabb di persada paling agung di hati ku ini. Dengan meletakkan Cinta Mu di situ, aku merasakan diri ku tenang damai. Hati yang tenang itulah kunci segala bahagia. Hati yang tenang itulah mengajar aku untuk menyambut segala dugaan dengan SABAR. Hati yang tenang itulah mengajar aku untuk menyambut segala nikmat yang datang dengan SYUKUR.

Ya...Memang hati akan terkesan dengan dugaan yang datang. Tapi di situlah kelemahan kita manusia. Tapi jangan meratap pada yang tak sudi. Allah jadikan sandaran. Hati yang tenang itu hanya dengan mengingati Allah. Itu janjiNya dan Allah itu takkan memungkiri janji. Yakinilah...percayalah...berimanlah dengannya. Dan di situlah akan datang bahagia rasa dalam keadaan berduka. Senyum pasti terukir ikhlas kerana diri tidak rasa terbeban dengan takdir. Allah itu perancangannya pasti yang terbaik. YAKINLAH!!

Di kala nikmat yang datang pastikan tiada pegangan yang terlepas kerana percayalah nikmat itu juga merupakan ujian buat kita. Allah mahu menguji hamba-hambanya. Dimana mereka menyatakan diri mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji. Nikmat yang datang kita syukuri agar Allah melipat gandakan nikmat yang ada. Dan beringatlah untuk bersederhana dalam apa jua keadaan dan semua itu hanya milikNya. Tiada satupun milik kita.

Dan bila kita meletakkan cinta Allah itu pada tempat yang paling atas insyaAllah, kita akan bahagia dengan yang tersayang. Kita akan sentiasa berseri dan tersenyum dengan nurnya iman dan hubungan kita dengan sesama manusia juga akan pulih dengan sendirinya. Jika kita menjaga baik hubungan kita dengan Allah pasti hubungan kita dengan sesama manusia juga akan baik.

Dan kini aku telah temui jawapannya. Syukur pada mu Ilahi kerana mengajar aku. Ampun ku pohon kerana diriku selama ini hanyut mengejar fatamorgana...:'(
Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Monday, July 2, 2012

napa bie hukum ma??

Bie, napa bie hukum ma sampai macam nie bie? ma sedar, semua salah ma. tp, jgn buat ma keliru n buntu dlm keadaan skang. ma x tau keadaan bie kat sana. ma call, bie x jawab. ma msej, bie lansung x reply msej ma. ampunkan semua dosa, salah n silap ma selama ma kenal dgn bie. kerana ego kita rosakkan hubungan yg dah lama kita bina. ma sedar, ma x mampu idup tanpa bie. ma x mampu bahagiakan bie. ma x mampu buat bie terus tersenyum dgn ma. semua tuu kekurangan diri ma. ampunkan ma, bie. bie segalanya untuk ma. kekuatan ma yg dulu ma selalu sandar. skang ma ilang kekuatan tuu. ma jatuh, ma rasa dah x boley bangun dah. tolong lah bie. kalau bie rasa cinta n sayang bie pada ma dah x dak. berterus terang lah. jangan terus diam macam tuu ja. ma perlukan jawapan. atau apapun keputusan bie ma redha. sebab nie semua salah ma. ma marah bie, sebab ma sayang bie. tp, kemarahan ma tuu melebihi batas. ma sedar. ma x sepatutnya cakap kasar dgn bie. ma takot kehilangan bie. dulu bie cakap, bie akan terima ma seadanya. skang napa bie ikut ego bie? napa bie? ma tau ma jahat, tp tolong didik ma jadi seorang perempuan yg macam na bie nak. ma x kan buat benda yg bie x suka selagi ma waras untuk pikir yg mana baik n yg mana buruk. bie, ma x sekuat orang lain nak hadapi masalah macam nie. tolong laa jangan uji ma sehebat nie. ma takot ma gagal jaga hati bie. ma tau ma dah banyak kali sakitkan hati bie. ma dah cuba ubah perangai buruk ma. sampai bila ma nak jadi orang hipokrit bie? sampai bila? ma sayang bie. sayang yg teramat sangat. ALLAH saja yg tau betapa hebatnya cinta n kasih sayang ma pada bie. ma rasa diri ma serba kekurangan nak miliki hati bie. terlalu lama hubungan kita, x kan skang bie sanggup biarkan ego tuu jadi penyebab runtuhnya hubungan kita? bie, ma mintak 1 saja dari bie. kasih sayang yg ikhlas. ma x nak nanti bila kita dah bersatu bersama masalah macam nie akan berulang. dlm perhubugan kita kena banyak berbincang bie. jangan laa masing-masing ikut kepala sendiri. macam na kita nak bahagia macam orang lain. bie, ma merayu. bagi lah ma peluang untuk selesaikan masalah kita cara elok. cara tenang. bukan marah sampai x bersua berhari-hari lamanya. ma tunggu bie. setiap saat. tanpa jemu. x kan yg nie saja ma dapat dari bie? ma nak balik bie yg pernah ma kenal dulu. bie yg selalu gelak, tawa dgn ma. yg bila susah, kita menangis sama-sama. dan bila senang, kita gembira sama-sama. ma perlukan bie sampai hujung nyawa ma. saat terakhir ma, baru lah bie boley jadi hak orang lain. selagi ma ada at dunia nie. ma sayang n cintakan bie sorang. ma x dak orang lain selain bie di hati ma sampai akhir hayat ma. ma mintak ampun maaf atas tingkah laku serta dosa silam ma. ampunkan ma...:'(
Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

tengah bengang la cik oii...

Dah lama tak update blog, hari ni terpaksa la aku cari kau bila kau aku perlukan. ish gila apa aku ni. huhu. Tulah sepatutnya luah kat Allah swt tapi luah kat blog plak. Sengal !! Ke aku ni perlukan perhatian sebenarnya? Takkan nak menagih simpati orang kot? Ishh.. Siyes wa tak pasti ler.. Bukannya orang tau aku sape pung.. Yang pasti di saat ni terasa nak luah perasaan. Sikit jek..
Banyak benda yang terasa kehilangan sebenarnya. Hidup ni dah le singkat je tapi aku rasa masalah aku makin banyak dan aku susah nak kawal emosi dan kegeraman aku bila masalah melanda. Aku cakap macam ni, dia buat camtu. Aku rasa aku dah cuba dah kawal emosi aku sebaik mungkin dan cuba memahami situasi dia, situasi kita orang yang tak macam pasangan lain. Aku cuba gak jaga hati dia, walaupun kadang-kadang kena makan hati tiap-tiap hari. Aku kesian gak kat dia sebab aku rasa dia sendiri pun ada banyak masalah dengan kerja la apa bala la !! Sakit hati aku. Haih.. Tak tahu le hati sape lagi sakit. Hati dia ke hati aku..
Kenapa bila aku cakap "NO", dia tetap buat gak? Bila aku cakap "TAK NAK", pun sama je jalan ceritanya. Aku rasa aku dah sehabis upaya jelaskan padamu wahai encik jantung hatiku. Haha. Bengong!! Patutlah aku rasa dah macam takde jantung dan takde hati lagi.. Dia dah "curi"!! Nak mintak balik sayang lah plak. Kesian gak kat dia, kesian kat kita orang ni yang jadi mangsa keadaan. Dan rasanya kita orang pun salah gak sebab membiarkan diri dan merelakan diri dijadikan mangsa dibelenggu masalah. Dan rasanya kita orang suka je dijadikan 'mangsa'. Hadap je. Redha jek. Umpama membiarkan diri dibaham harimau. Nak makan kita orang? Makanlah!! Nanti aku mati jadi hantu pun aku cari korang. Haha.. Bengong la aku ni.. Gilerzzz...
Saya kalau boleh tak nak lah give up separuh jalan.. Saya sayangkan cahaya matahari saya. :) Lagi pulak dah lah kisah kita ni mengalahkan citer Kal Ho Naa Ho atau Dilwale Dulhania Le Jayenge.. Hahaha.. Harapnya jodoh kita berpanjangan seperti yang diharapkan oleh mak saya. Dia pernah cakap kat saya,"Mak doakan jodoh korang berpanjangan, hidup bahagia. Mak tak nak korang sedih-sedih dan spend masa dengan happy."
 
Semalam ni ha, kita orang bertekak lagi. Kat mesej je. Kat telefon dah 'sembur' dah dia. Dah sembur salah, tak sembur salah. Kalau tak sembur, aku sakit hati. Dah sembur pun, aku gak yang sakit hati. Apa citer? Haih.. Agak-agak kenapa bila kita melepaskan kemarahan pada orang yang kita sayang, kita sakit hati jugak? Sesapa yang bercinta tu mesti dah tau jawapannya. Benci betul bila aku sembur mu, aku jugak yang sakit hati dan sedih. Sebabnya terasa bersalah marahkan orang yang tak reti balas balik kemarahan aku tu. Umpama aku ni lah yang jahat. At least aku terasa aku lah yang jahat sebenarnya. Kenapa Encik MF biarkan saya kelihatan jahat? Especially bila ada salah faham. Contohnya bila aku dah marah-marah kat dia, tau-tau sebenarnya aku salah faham je. Dah tentulah aku lagi serba salah bila buat serkap jarang.
Tapi saya rasa memang patut pun saya marah sebab awak seharusnya menerangkan pada saya cerita sebenar tanpa perlu saya tanya. Nak tunggu saya tanya, alamatnya akan makan masa lah. Kalau awak dah tau saya salah faham, it's your responsibility untuk explain pada saya. Itupun kalau awak betul-betul sayangkan saya dan hubungan kita lah. Sebagaimana saya sebolehnya tak suka awak salah faham pada sesuatu perkara dan saya biasanya akan terangkan pada awak supaya takde ruang untuk kita salah faham ke, bergaduh ke atau apa-apa saja yang boleh mencacatkan hubungan kita.
Pada saya, kalau ada salah faham seeloknya segera kita setelkan. Sebab masa berjalan dan setiap saat yang kita biarkan berlalu tu mempunyai risiko yang mungkin akan meruntuhkan, menjauhkan atau memisahkan hubungan kita. Pada saya, itulah saya dan itulah yang saya harapkan awak lakukan jua. Tapi nak buat macam mana, dah awak kata pemikiran dan cara awak berbeza. Awak nak bagi saya cool dulu kalau saya salah faham. Hmm.. lelaki memang macam tu ke? Ke ayat "nak bagi awak cool dulu tu" hanya alasan korang sebab korang malas nak dengar perempuan bising-bising kat korang dan sebab EGO a.k.a. nak jaga air muka lelaki kalau kena pujuk perempuan? So jalan selamat adalah biarkan si perempuan cool dulu and then barulah korang datang pujuk si perempuan yang confirm dah tenang lepas satu, dua hari dibiarkan macam tu? Nak diikutkan pada saya, sebenarnya ni semua psikologi sebenanrnya. Even masa saya kerja dulu pun saya diberikan latihan sebegini untuk menenangkan hati customer yang tengah angin dan tak nak dengar cakap kita. Bila kita senyap seketika, dan biarkan diorang melepaskan kemarahan, then barulah diorang panggil-panggil kita dan tanya,"Awak dengar tak apa saya cakap?". Haha.
Tak kisahlah apapun alasannya kenapa awak prefer begitu, tapi saya harap kalau berlaku salah faham dalam hubungan kita, jelaskan secepat mungkin. Kalau ikut tips orang yang dah berumah tangga pun, diorang takkan biarkan sesuatu salah faham tu berlarutan sehingga keesokan hari. Ada tu yang memang make sure masalah diorang setel hari tu jugak dan takkan biarkan masalah diorang melebihi 5, 6 jam. Kira ok lah tu kan, waktu cool down tu 5, 6 jam je. So takde lah pihak yang 'sakit jiwa' tu terseksa berjam-jam lamanya sampai keesokan hari. Sobonar eh, ni tips pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi tu hah. Walaupun diorang banyak kontroversi tapi cek suka dongar dan tengok diorang ni menguruskan rumahtangga. Kira sambil-sambil tengok tv tu, banyak lah ilmu i dapat u. Cuma tak dapek dipraktikkan laie jo sobab bolum kawen lagi. :-) Nak buek cano, bolum ada lesen lagi.. Takde ke yang nak bagi kat cek? Hahah.. Sengal !!
Gelak-gelak jugak. Aku tak habis cakap lagi kat mu MF ye.. Wahai lelaki, bila kau tengok kekasihmu itu senyap dan tak menangis pun, tapi ketahuilah dia sedang memendam rasa dan menangis dalam hati. Huk huk.. sreettt.. Bila dia katakan "TIDAK" atau "TAK NAK", awat hang tak faham-faham gak? Haish.. Kita bukan hidup dalam zaman dolu-dolu, "Kalau diam tu tandanya setuju." Takde maknanya !! Orang sekarang, kalau tak nak diorang cakap tak nak. Nak, cakap naklah. Tapi tulah, mungkin sebab tulah orang kata bahasa lelaki dan wanita ni berbeza. Aku rasa macam cakap dengan ayam dan itik pun ada. Krukk..krukkk.. kuekk..kuekk... Hahaha !!

Men are from Mars, Women are from Venus. Iye ker? Bukan kita semua dari bumi ke? Huhu. Patutlah penat aku cakap, tak faham-faham gak. Satu lagi mungkin sebab aku je yang banyak bercakap dan 'bising', si dia banyak mendengar dan 'sabor jelah minah ni', that's why lah kot komunikasi tu macam tak sampai-sampai je dan banyak lubang sana sini. At least aku lah yang terasa macam tu, kekanda ok je? Dinda tak bawa masalah pada kekanda dan kekanda tak rasa dinda atau hubungan kita bermasalah ke?

Kenapa lagi banyak aku cakap, lagi aku sakit hati dan kemudian aku wondering,"Kenapa masih takde perubahan? Kenapa aku rasa tak didengari? Kenapa masalah tetap wujud? Mana 'kebocorannya'? Awat cek ja yang bising? Mu tak nak bising kat cek balik ka? Aku ke yang problem? Kalau ye, kenapa tak bagitau cek? Kot-kot ada wire shot dalam otak aku ni ke kan? Haa.. tak nak lak bagitau kat aku? Kata sayang..???? Kalau kita sayangkan seseorang tu, kita biarkan orang tu terkontang-kanting ke? Pelik lah. Ke aku yang tak faham? Hmmm...whatever !! SUMPAH..aku serabut giler now..:'(

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Sunday, July 1, 2012

Kongsi rasa...

Salam.Orang suka kata, dalam sekeping gambar ada terkandung sejuta cerita.

Hell yeah. Aku nak buat entry pasal kebahagiaan. Tak tau kenapa recently, this issue berlegar kat otak dengan super kerap. Seberapa bahagiakah hidup kita? Siapa yang membawa bahagia? Macam macam lah :)


And aku rasa bahagia itu satu perkataan yang luas maknanya. Sangat luas.


Untuk bahagia dalam bercinta, tak susah tapi bukan mudah.


Bahagia perlu dirasa bersama. Apa guna kalau kau bahagia tetapi pasangan kau tak? Contohnya, kau nak handbag GUESS harga cecah riban, bf kau belikan. Kau nak makan SR tiap tiap hari, bf kau bawakkan. Bahagia kan rasa? Apa kau nak dia bagi.
*ini kes kalau bf dia memang super kaya lah* Then bf kau mintak kau kejutkan dia pagi pagi, kau tak boleh buat pun. Ter, nie memang bahagia sebelah tangan nie. Bala nie bala.

Bahagia tak semestinya kau kena bercinta jugak. Kau sayang dia then dia sayang gf dia, dia bahagia, kau? Perlu ka kau nak derita? Tak kan? At least kau boleh tengok senyum dia, ketawa dia. Bahagia sama dirasa kan?
*easy said lah kan? I know*

Bahagia tak datang bila kau berjaya tikam gf lelaki yang kau suka, atau upah orang untuk rogol perempuan tu, atau simbah asid kat muka dia sebab lelaki tu belum tentu nak kat kau. Yes, kau akan puas hati lepas buat macam tu. Puas hati eh, bukan bahagia. Bahagia ke hidup kalau siang malam kau macam pelarian sebab kantoi kau yang buat jahat? Hikhik. Macam tulis drama Melayu pulak aku rasa.


Kita akan lakukan apa saja untuk kebahagian diri sendiri dan orang lain, dan ada orang yang sanggup buat apa saja untuk bahagiakan kita. Bak kata YB, hidup nie macam roda, kadang kadang kita kat atas. Cliche sebenarnya, tapi bila fikir fikir balik memang itu yang terjadi pun kan? Hari ini kita bahagia dan mungkin orang lain tak bahagia, dan one fine day, orang lain bahagia dan kita tidak.


Untungnya bila kita ada seorang manusia yang buat kita rasa bahagia sepanjang masa. Untungnyaaaa. Tu pun kita tak hargai kan? Kufur nikmat sungguh.



Masih membahagiakan diri sendiri.

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!