**CINTA si  GULA-GULA HATI**

..kadang kala kata tidak terluah, namun biarlah penulisan merungkai kisah jiwa..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

Saturday, July 7, 2012

kenapa susah sangat nak gembirakan orang lain?

Assalamualaikum,
Entri sebelum aku pengsan untuk tengahari nie..


EH!!..bukan nak cerita pasal plaster dan love tu ye..hehe...tu sekadar hiasan je...:)
Korang pernah tak rasa apa aku rasa?. Mesti ar pernah kan? Susah untuk gembirakan orang lain terutamanya dalam family kita sendiri, dalam berkawan dan dalam berpasangan malah dalam bermasyarakat pun susah untuk kita gembirakan orang lain. Dalam dunia ni memang orang pentingkan tu ke?.

Kalau dalam keluarga, salah sikit, tak dengar cakap ke mulalah ahli keluarga tu nak bermasam muka nak merajuk dan segala bagai lagi lah. Pastu kalau dalam berkawan pulak, kalau dulu selalu cakap 'kau lah sahabat aku dunia dan akhirat', 'kaulah kawan sehidup semati' dan bermacam-macam lagi la. Kalau dalam berpasangan pulak, tak ikut cakap atau kena paksa sikit dah mula nak marah-marah. Pastu suruh buat tu la buat ni la tapi bila kita tak ikut cakap dia mula la nak merajuk. Kita tak buat benda-benda yang disuruh tu mestilah bersebab bukan saja-saja taknak buat. huhu. Last-last dia pulak yang merajuk. So? susahkan nak gembirakan orang lain. Dalam bermasyarakat pulak, lagi la sangat-sangat susah. Nak tau?. Sebabnya dalam bermasyarakat ni, kan ramai yang tengok. Kita buat ape semua nak ditahunya. Bila tak berkenan dengan cara kita, haaaa!! mula la bawak cerita dari rumah ke rumah. oh!! menyampahnya!!!!!..

Aku membebel ni bukannya nak cakap yang aku ni baik dan selalu gembirakan hati orang. aku pun ada kelemhannya jugak?. Nak tau ke?. Eh!! Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh! (versi upin ipin. haha)

Bagi aku, memang susah nak gembirakan orang lain. tak tau la korang kan?.hehe.
itu saja dari aku,okey bai!


P/S: Kalau korang rasa nak tambah apa-apa sila la beri sepatah dua kata..Nak bagi banyak-banyak patah kata pon boleh..jangan malu jangan segan tau!!..:)


Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

No comments: