**CINTA si  GULA-GULA HATI**

..kadang kala kata tidak terluah, namun biarlah penulisan merungkai kisah jiwa..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

Thursday, July 5, 2012

BAHAGIA dalam DUKA...

Apa itu bahagia? Adakah apabila kita dapat bertemu dengan kekasih yang tercinta dan disulam gelak dan tawa. Adakah di situ terletaknya erti bahagia? Adakah bila mana yang boifren/gurlfren yang ada sangat mengambil berat dan menjaga hati anda dan anda di layan seperti raja/permaisuri. Adakah di situ terletaknya bahagia? Dan di saat anda menyatakan dengan yakin. 'Saya bahagia adanya awak menemani saya sepanjang waktu'. Padahal tiada lagi ikatan yang sah antara mereka. Jadi di mana bahagia?

Lama aku mencari jawapan. Dulu aku sangka bahagia ada bersama dengan yang tersayang. Nyata aku silap dalam mencari erti bahagia yang sebenar. Dulu aku sangka bahagia itu datang dengan rasa tersenyum girang. Nyata senyum itu tidak terukir sepanjang masa. Dulu aku sangka bahagia itu datang apabila diri ini dapat membahagiakan yang lain. Nyata diri ini tidak terlepas dari khilaf bila mana ada juga hati yang terluka. Dan bila semua ini tak memberi makna dan aku masih lagi kadang berduka.

Murung tak bermaya. Kadang gembira tapi tak lama. Kerana ada saat-saatnya aku hidup terduga. Bila orang yang tersayang mula membenci, bila Allah cabutkan senyum yang kononnya membawa bahagia dan bila mereka yang ku sangka bahagia dengan adanya aku di sisi mereka mula meletakkan jarak akibat khilaf ku sendiri. Ini dugaan. Ini cubaan. Tuhan sedang mengajar aku erti bahagia yang sebenar. Bagaimana merasa bahagia dalam duka.

Jadi, manakah bahagia yang hakiki? Tiada lain. Hanya dengan meletakkan Cinta Mu ya Rabb di persada paling agung di hati ku ini. Dengan meletakkan Cinta Mu di situ, aku merasakan diri ku tenang damai. Hati yang tenang itulah kunci segala bahagia. Hati yang tenang itulah mengajar aku untuk menyambut segala dugaan dengan SABAR. Hati yang tenang itulah mengajar aku untuk menyambut segala nikmat yang datang dengan SYUKUR.

Ya...Memang hati akan terkesan dengan dugaan yang datang. Tapi di situlah kelemahan kita manusia. Tapi jangan meratap pada yang tak sudi. Allah jadikan sandaran. Hati yang tenang itu hanya dengan mengingati Allah. Itu janjiNya dan Allah itu takkan memungkiri janji. Yakinilah...percayalah...berimanlah dengannya. Dan di situlah akan datang bahagia rasa dalam keadaan berduka. Senyum pasti terukir ikhlas kerana diri tidak rasa terbeban dengan takdir. Allah itu perancangannya pasti yang terbaik. YAKINLAH!!

Di kala nikmat yang datang pastikan tiada pegangan yang terlepas kerana percayalah nikmat itu juga merupakan ujian buat kita. Allah mahu menguji hamba-hambanya. Dimana mereka menyatakan diri mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji. Nikmat yang datang kita syukuri agar Allah melipat gandakan nikmat yang ada. Dan beringatlah untuk bersederhana dalam apa jua keadaan dan semua itu hanya milikNya. Tiada satupun milik kita.

Dan bila kita meletakkan cinta Allah itu pada tempat yang paling atas insyaAllah, kita akan bahagia dengan yang tersayang. Kita akan sentiasa berseri dan tersenyum dengan nurnya iman dan hubungan kita dengan sesama manusia juga akan pulih dengan sendirinya. Jika kita menjaga baik hubungan kita dengan Allah pasti hubungan kita dengan sesama manusia juga akan baik.

Dan kini aku telah temui jawapannya. Syukur pada mu Ilahi kerana mengajar aku. Ampun ku pohon kerana diriku selama ini hanyut mengejar fatamorgana...:'(
Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

No comments: