**CINTA si  GULA-GULA HATI**

..kadang kala kata tidak terluah, namun biarlah penulisan merungkai kisah jiwa..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

Tuesday, October 2, 2012

Semua Orang Boleh BERUBAH okeh !


Assalamualaikum :) tokk tokk tokk *ketuk meja* baca lah ni, orang nak cerita. sila beri tumpuan sepenuhnya jika anda tidak mahu dibaling selipar saiz 5 . ehh, siapa yang nak berubah? tengg terinnggg! *muzik konon suprise* it's me it's me! yup , aku yang nak berubah . berubah macamana? setelah difikir fikir , umur kita bukan makin muda kaan, maut pun semakin hampir dengan kita, apa yang ada dekat bumi ni takkan kekal, begitu juga nyawa kita. tua muda, tak kira umur, kalau dah ajal, macamtu lah jugak jadinya. Subhanallah, tanpa sedar, banyak sebenarnya dosa yang aku dah buat dekat dunia ni. macam macam. pasal aurat, batas pergaulan, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab sbagai pelajar, macam macam. semua tu dulu aku ambik ringan jee . aurat , aku just pakai tudung tapi tak betul betul tutup apa yang patut aku tutup. baju pun tah pape tah. malas nak cerita . batas bergaul? lagi teruk :( aku just bergaul ikut suka, tak fikir batas. fikir nak seronok je. terlampau sosial. banyaak . sangat banyaaak dosa aku pada Allah :(

_________________________________

aku nak berubah jadi wanita solehah, jadi anak yang baik. aku taknak mak ayah aku tanggung semua dosa dosa aku, aku taknak suami aku kelak di soal oleh para malaikat tentang perihal aku yang ambik ringan pasal agama. ya Allah, kuatkanlah aku untuk terus menjadi hambaMu yang beriman. aku sure orang lain pun macam aku, nak dapat jodoh yang baik pada suatu hari nanti . but aku selalu ingat pesan orang sekeliling aku, "kalau nak jodoh yang baik, kita kena jadi baik dulu" aku nak seorang lelaki yang dapat imamkan aku, yang dapat bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah. kalau aku terlalai, dia yang akan ingatkan aku :) aku nak lelaki yang bukan sahaja dapat bersama aku di dunia, malah di syurga kelak. tapi semua tu memerlukan satu perubahan yang besar dalam diri aku ni. kaan? 



____________________________________

pasal cara pemakaian aku, aku nak tukar jugak, insyaAllah . aku nak pakai pakaian yang betul betul menutupi aurat aku. pakaian yang labuh, longgar , tutup dada apa semua tu lah kan. korang pun tahu aurat perempuan apa. memang aku dah biasa pakai pakaian yang sekadar menutup rambut, lengan dan semua. memang aku pakai pakaian yang hanya menampakkan muka dan tangan aku. tapi tudung aku singkat. baju aku ketat(kadang kadang). banyak lagi. so lepas ni aku decide aku nak letak ke tepi baju baju yang kecik kecik or jarang jarang tu. lagi baik kalau semua baju jalan aku baju kurung je kan? jubah ke :)



______________________________________

sesetengah orang tak percaya aku nak berubah sampai macam ni. it's okay aku faham korang susah nak percaya. and ada yang kata aku nak berubah sebab aku sakit, sebab tu aku baru teringat dekat Allah. kenyataan tu sama sekali tak benar . please, jangan fikir bukan bukan. aku bukan macam tu :') apa yang aku harapkan, korang just tolong doakan perubahan aku kali ni kekal hingga hujung usia aku, Amin ya Rabbal Alaminn :) Assalamualaikum .

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Thursday, September 27, 2012

Harapan Dan Luka Yang Ditinggalkan...


Lumrah manusia. Kita memang akan hidup dalam harapan. Harapan? Suatu benda yang tak pasti akan berlaku pada masa yang akan datang tapi manusia tetap masih mahu mengharapkan harapan itu agar benarbenar berlaku


Kita mahukan itu dan kita mahukan ini. Kita mahukan yang itu juga, tak kira apa yang berlaku. Dan tanpa kita sedar, kita sedang meletakkan harapan dan berharap agar kita akan dapat apa yang kita nak walaupun pada jauh di sudut dasar hati kita, kita tahu tak semua harapan akan menjadi realiti



Dan apabila harapan itu tidak menjadi realiti, sakitnya sungguh terasa dalam hati, kesakitan yang tak mampu diucapkan melalui katakata



Tanpa kita sedar, kita juga sering memberi harapan kepada orang lain. Janji itu ini, meletakkan satu imaginasi yang tinggi kepada orang lain sehinggakan orang lain itu hidup dalam harapan tersebut.



Dan apabila kita langgar janji dan harapan itu, hancur dalaman kita bukan? Sakitnya ~



Tapi sedar atau tak, kita masih hidup dalam harapan lagi. Kenapa kita masih berdegil? Masih berkeras kepala? Masih mahu hidup dalam harapan sedangkan kita sendiri tahu dan perkara ini telah kita semat dalam hati sejak kita kecil lagi bahawa harapan tak mungkin akan jadi realiti? 

** "Berdosa hukumnya bagi seseorang yang dah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang lain, tapi tak tunaikan janji tu. Sebab manusia ni hidup dengan HARAPAN dan bergantung pada janji.... " - Credit to SOMEONE bla,bla,bla..
Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Thursday, September 20, 2012

Perjalanan kehidupanku...


Hidup ini adalah sebuah perjalanan. Perjalanan antara dua alam. Dari alam roh, ke alam manusia, kembali ke alam yang baqa.. Antara perjalanan ini, ada berbagai onak dan duri yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasinya. Destinasi kamu bukan di sini, wahai diri.. Destinasi kamu masih jauh lagi beronak dan berliku.. Destinasi kamu adalah destinasi yang memerlukan kamu kuat semangat, dan ketabahan, untuk kamu berjaya menuju ke destinasi kamu..

Dalam tanpa sedar, rupanya setiap apa yang dilalui ada Allah di mana-mana. Allah di sana, Allah di sini. Semuanya dari Allah. Allah dah turunkan kitab buat kita sebagai panduan untuk kita melalui hidup ini. Walau kita tidak nampak Dia, namun Dia sentiasa mengawasi kita. Dia sentiasa dekat dengan kita. Dia sentiasa membuka pintu untuk kita apabila kita mengetuk pintuNya.. Di kala kita sedih, Dia sebenarnya turut sama merasakan kesedihan kita.. Dia nak kita kuat bila kita bersedih. Dia nak bagi hikmah dan ilmu dari ujian yang membuatkan kita bersedih tu. Dia ada, Dia sentiasa mendengar luahan hati kita. Dia sentiasa melihat kita, Dia sentiasa merenung kita. Cuma kita tidak nampak Dia.. tapi hati yang ikhlas dan bersih akan dapat merasakan kehadiran Dia dalam hidup kita.

Allah.. walaupun hidup aku penuh dengan kesedihan, penuh dengan masalah, penuh dengan liku, penuh dengan caca merba..juga penuh dengan kebahagiaan dari keluarga tercinta.. namun aku tahu Kau tetap berada di samping aku.. Memberi hidayah dan petunjuk buat aku menempuhi hidup yang sementara ini. Takda satu pun yang kekal bersamaku, melainkan hanya Engkau ya Allah, Tuhan yang kekal..

Setiap kali aku bersedih, Kau berikan aku sifat pelupa untuk aku lupakan kesedihan aku..

Setiap kali aku bermuram durja, Kau hantarkan hambaMu yang ikhlas untuk aku senyum semula..

Setiap kali aku hilang punca untuk menyelesaikan masalahku,Kau berikan aku tikar sejadah untuk aku bersolat dan meluahkan segalanya padaMu..

Setiap kali aku marah, Kau berikan aku hidayah dan peringatan bahawa marah itu datangnya dari musuhMu dan juga musuhku supaya aku bersabar..

Setiap kali aku hampir berputus asa, Kau berikan aku ruang untuk aku memikirkan jalan terbaik dalam hidupku..

Setiap kali aku gembira, Kau berikan aku peringatan bahawa itu semua adalah nikmat kurniaanMu..

Setiap kali aku dalam kejayaan, Kau membuatkan aku sedar bahawa kejayaan itu adalah pinjamanMu semata-mata, supaya aku tidak mudah lupa diri..

Setiap kali tiada siapa-siapa di sisi ku dan aku kesunyian, Kau hadir menemani aku..bahawasanya aku tidak pernah bersendiri..

Ya Allah, ya Tuhanku..Engkau Maha Pengasih..lagi Maha penyayang..

-NURUL SHAFIZA ALLYNA BINTI ALIM-


Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!