**CINTA si  GULA-GULA HATI**

..kadang kala kata tidak terluah, namun biarlah penulisan merungkai kisah jiwa..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

Thursday, December 8, 2011

aku hanya wanita biasa...


Assalamualaikum...

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna..
Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan..
Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku boleh saja berbuat salah dan begitu menbebankanmu..Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku membangkang padamu..

Duhai kau yang akan memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh.. Mungkin kerana aku begitu sibuk didapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah.. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap..
Atau kerana seharian aku harus membersihi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin aku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatan dalam hidupku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan hilang kawalan, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang aku harapkan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya.. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tetapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu aku tau kau selalu menghargai semua yang aku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu lambat dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajar ku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya..

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih.. Kulitku yang bersih akan mulai kedut.. Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian memenuhi, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku jalani dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Aku hanya wanita biasa..
Yang tercipta untukmu dengan izin redhaNYA......

yang selalu mencintaimu disepanjang waktu,
~mama~

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Wednesday, December 7, 2011

terima aku seadanya...


assalamualaikum..hey! korang buat apa tuu?? erm..bosannya hari nie...so,fyza nak update blog awal sikit laa..mana tau kot malam nanti xberkesempatan plak an..ehemm..hari nie tittle fyza agak 'hot' sikit an..agak-agak best ark?? fyza pon dah xdak idea nak letak tittle apa..so,nie ja yg fyza mampu..mai-mai..kita story mory sikit at sini..:)  Hurmm..fyza bukan nk merayu korang terima fyza seadanya tau..hehehe..fyza just terfikir,lau kita tanya at kengkawan kita or sapa-sapa je laa apa ciri-ciri gf/bf/suami/isteri idaman korang?? Mostly,akan bagi jawapan common mcm nie, "aku xkisah laa..asalkan dy terima aku seadanya.."

Sebagai seorang individu,of course laa kita nk org lain terima kita seadanya an..tapi,kita kena cermin diri kita dulu jugak!! Talk to your self, "Aku terima tak org lain seadanya??" Mybe ada,tapi bkn 100% an?? Tapi lau ada yg 100% tuu..alhamdulillah,bagus laa..teruskan sikap korang tuu eak..fyza xnak hipokrit bub fyza nie hanya manusia biasa dan sebagai manusia biasa,fyza bknnya akan terima somebody seadanya 100%..mybe akan sikap-sikap yg fyza xberkenan.. Org lain pun mcm tuu,xkan terima fyza seadanya sgt,tapi lau ada yg terima sikap fyza SEADANYA..terimas sgt-sgt..May ALLAH bless you..:)

Bila kita asyik sgt nk org terima kita seadanya..sedar x,apa pekara yg akan berlaku?? yg paling ketara ialah,kita akan berhijrah..maksud fyza,sikap or perangai buruk yg org xberkenan,yg buat org rasa geram kita tuu,xkan dapat diubah sebab kita nak org terima kita seadanya..mcm fyza kata,kita semua nie manusia biasa saja..sama saja..so,kita xkan dapat ubah sikap buruk kita mcm tuu jaa..tapi,kita boley cuba perlahan-lahan..xperlu tergopoh-gapah..okey..hehehe..WE AREN'T TRANSFORMER!!

Kebiasaannya,org yg jenis "terima aku seadanya" nie,jenis yg susah nk terima teguran org lain an..betul ark?? I'm writing based on experience jaa..tapi,salah org yg menegur jugak..bub caranya pun kurang berhikmah... lau main terjah mcm Nas Ahmad [sorry abg nas..=)],fyza pun asa mcm nk bagi tamparan wanita jugak..and lagi satu,biasanya golongan mcm nie akan memberi kata balas, "Cermin diri sendiri tuu dulu!!" waaahh..hebat kan dorg dalam golongan nie..seram aih..:) tuu pasal laa fyza soh korang cermin diri dulu tadi..hehehe...

Fyza pernah laa kenal satu dua org yg agak teruk sindrom "terima aku seadanya" nie..korang nk tau kenapa fyza kata teruk?? haish..!! dh kalau keras hati sgt nk terima teguran and xdak inisiatif nk berubah,plus pulak sampai sanggup melakukan perkara yg boleh memutuskan persahabatan..rasa-rasa korang teruk x?? Nasib baik laa..makhluk ciptaan ALLAH nie bukan kwn fyza..Just somebody that I know..

Alahai..fyza nie pandai jaa eak lau kata pasal org..fyza pun tiap-tiap hari cermin diri fyza..mybe,tanpa fyza sedar..fyza pun jenis org yg mcm tuu..tapi,fyza nie jenis org yg boley terima teguran..InsyaALLAH..tapi,fyza mintak sgt-sgt lau nk menegur org..guna laa bahasa yg sopan sikit..:) lau teguran tuu ditolak,buat jaa muka selamba..hahaha..muka seposen ke an..cute apa..hahaha..nanti at belakang,nak menyumpah..menyumpah jaa laa..nie x,silap hari bulan laa...menyumpah depan org yg dy tegur..confirm laa org xdak selera nk fikir kata-kata tuu balik..betul x?? hurmm..sorry..fyza xdak niat nk perli sapa-sapa..but,nie semua renungan kita bersama..:)

Okey laa...asa mcm dh panjang sgt entry kali nie..nasihat fyza to all pretty girls janganlah melatah sgt kalau ada org menegur benda yg xkenal pasal kita..:) Don't be emotional..be cool jaa..hehehe..and to all handsome boys,janganlah ego sgt nk terima teguran org especially from girls..ngee..:) Berfikir dulu sebelum bertindak..fyza pun akan buat benda yg sama..okey..penat dh story..nk stop dulu lah...arap kita semua boleh buang yg keruh,ambil lah yg jernih..fyza undur diri dulu...but,sebelum tuu..nak jugak bagitau korang yg fyza masih rindu mr.charming fyza..hehehe...sempat lagi an..nakal betul..at bawah tuu..fyza ada selitkan sikit madah pujangga untuk mr.charming fyza..ceewwaahh..:)jengjengjeng..and lastly..terima kasih bub korang sudi luangkan masa nak habis kan story mory fyza nie..dhaa..jumpa lagi di lain entry...wassalam..:)


BILA PAGI PASTI ADA MALAM….
BILA ADA MATAHARI PASTI ADA BULAN & BINTANG….
BILA PAGI DI SAMBUT GENGAN MATAHARI…
BILA MALAM DI SAMBUT DENGAN BULAN & BINTANG…
BILA PAGIKU TELAH KAU SAMBUT DENGAN SENYUMAN…
BILA MALAMKU TELAH KAU BERI DENGAN CANDA TAWAMU…
BILA PAGIKU KAU BUKA DENGAN KATA INDAHMU…
BILA MALAMKU KAU TUTUP DENGAN PUISI-PUISI INDAHMU…
HARIKU KAU SAMBUT DENGAN SENYUMAN MANISMU…
HARIKU KAU TUTUP DENGAN SENYUMAN INDAHMU…
KAU SELALU ADA BUATKU…
KAU SELALU ADA UNTUKKU…
KU BAHAGIA AKAN HADIRNYA DIRIMU DALAM KEHIDUPANKU…
KU SENANG SAAT KAU TEMANI HARI-HARI DALAM HIDUPKU…
KU BERHARAP KAU SELALU ADA DALAM HIDUPKU…
KU TAK INGIN KAU PERGI DARI KEHIDUPANKU…




tetiba terasa rindu teramat kenangan time nie..
tuu..tgh appy bub mr.charming fyza beli nset baru at fyza..
hehehe...sempena bufday fyza taun nie..jg jeles eak..hehehe..
~TERIMA KASIH CINTA!!~

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Tuesday, December 6, 2011

cinta yang ikhlas...


Cinta Yang Ikhlas..Ungkapan Yang Biasa Kita Dengar Terutama Dalam Sesuatu Kisah Cinta... 

Hari ni fyza ada sebuah kisah cinta untuk korang ..cinta yang ikhlas..sangat ikhlas..:)

Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’.

Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu.

Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.

Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.

Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.

Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”

Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.

Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah, seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.

Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.

Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya.

Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata:

“Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata: "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.”


Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah..

**Ya Allah..Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu..

begitu ikhlas cinta dan kasih sayang lelaki tuu kan??  andai kata fyza at tempat jejaka itu.. mampukah fyza melaluinya? 

Kita seringkali mengharapkan apa yang berlaku itu terbaik untuk kita.. tetapi kita jarang untuk berfikir dan melakukan yang terbaik untuk orang lain jugak..**

(nie saja yg mampu fyza story dan kongsi dgn korang semua..harap semua tehibur:)) sama-sama lah kita tepuk dada,tanya hati masing-masing..:p )

hasil  ciptaan dari..
-mama-
khas renungan buat..
-bie tercinta-

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!