**CINTA si  GULA-GULA HATI**

..kadang kala kata tidak terluah, namun biarlah penulisan merungkai kisah jiwa..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

Thursday, December 8, 2011

aku hanya wanita biasa...


Assalamualaikum...

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna..
Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan..
Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku boleh saja berbuat salah dan begitu menbebankanmu..Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku membangkang padamu..

Duhai kau yang akan memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh.. Mungkin kerana aku begitu sibuk didapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah.. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap..
Atau kerana seharian aku harus membersihi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin aku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatan dalam hidupku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan hilang kawalan, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang aku harapkan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya.. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tetapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu aku tau kau selalu menghargai semua yang aku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu lambat dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajar ku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya..

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih.. Kulitku yang bersih akan mulai kedut.. Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian memenuhi, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku jalani dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Aku hanya wanita biasa..
Yang tercipta untukmu dengan izin redhaNYA......

yang selalu mencintaimu disepanjang waktu,
~mama~

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

No comments: