Assalamualaikum..
hyep,ini semua sekadar berkongsi dengan korang eah..daripada apa yang fyza dah selidik tau!!
"setitik
air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang dia sayang, lelaki itu akan
disebat dengan tulang rusuk perempuan itu 100 kali di akhirat nanti"
Mungkin
ada sesetengah orang yang pernah ternampak statement tu kat mana-mana.
First impression masa aku ternampak ialah "oo..bunyik macam hadis sebab
ada melibatkan sesuatu tentang hukum-hakam Allah,.tapi first time aku
dengar (jikalau) ada hadis berbunyi camtu." Please, tell me the
truth..kalau ada yang mengetahui.
Secara
jujurnya, aku tak mahir bab-bab hadis ni tapi sesetengah orang mungkin
berpendapat kalau diorang keluarkan hujah camtu atas dasar supaya tiada
suami-suami yang menzalimi isteri, ianya tak apa. But, is it true? Aku
sendiri tak tahu nak explain perkara tersebut. Sebab sebagai manusia
yang lemah, sejauh mana yang kita boleh nampak untuk overestimate
tentang hukum-hakam "beyond" daripada apa yang telah dinyatakan dalam
Al-Quran atau panduan hadis sahih? Sejauh mana kita pasti yang
sesuatu hujah tu boleh memberi 100% kebaikan dan tak ada langsung
keburukan?
Berbalik kepada definisi hadis:
Hadis
adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan
persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun
hukum dalam agama Islam. Hadits dijadikan
sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana
dalam hal ini, kedudukan hadits merupakan sumber hukum kedua setelah
Al-Qur'an.
*adakah statement paling atas tu satisfy definition hadits (sanad bersambung)?
Nak
ikutkan, banyak jenis-jenis hadis yang wujud. Salah satunya ialah hadis
Daif atau hadis yang lemah (reference lemah, perawi diragui).
Tinggalkan 100% hadis daif jugak tak patut a.k.a bidaah dan sebenarnya
ada syarat untuk guna hadis Daif ni. First, tak boleh sandarkan 100% ke
atas Rasululah walaupun ianya tak putus atas sebab kelemahan perawi
sendiri. Second, hadis tak boleh terlalu lemah. Third, tak ada hadis
lain yang membicarakan hadis tersebut punya content. Fourth, tak
bercanggah dengan syarak. Even Imam Bukhari gunakan hadis daif dalam kitab Al-Adab dan Al-Mufrad.
Apa
akan jadi kalau hadis daif dipegang setaraf dengan hadis sahih dalam
masyarakat tanpa diorang tahu yang hadis tu bukan hadis sahih?
Impression orang terhadap mudahnya Islam mungkin boleh berubah. Kalau
suami tegur isteri tetibe si isteri tacing2 lalu menangis satu baldi air
mata? Dalam rumah tangga, even perkara kecik pun boleh bagi perempuan
nangis.. Contohnya apabila suami taknak manja-manja atau gedik-gedik
dengan isteri. Si isteri sayang si suami tetapi suami itu terlampau
sibuk dengan kerja untuk bermanjaan. Lalu si isteri pun menangis
teresak-esak sambil masak kari kurang garam. Maka cuak berganda-gandalah
si suami tersebut. Aku tak belajar ilmu tafsir..so, mungkin aku salah
tafsir..begitu juga dengan orang lain. Sedangkan hadis sahih pun boleh
ada orang salah tafsir, inikan statement kat atas tu. Kalau tak nak
percaya 100% a.k.a tak yakin 100%, kenapa perlu meyakinkan orang lain
sampai diorang percaya 100%.
Bab suami isteri ni banyak je sumber kita boleh carik. Try usha Kitab Muhimmah by Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani. Kalau nak interpret susah, suruh Ustaz Kazim cite..lol.
Explanation
pasal suami menzalimi isteri.. Tak ada term suami "derhaka" kat isteri.
Tapi ada term suami "derhaka" kat Allah kalau meletakkan sesuatu bukan
pada tempatnya. Hak isteri dan batas suami pun ada dinyatakan.
Another
thing, pasal public figure... apabila sampaikan sesuatu kat orang
ramai, assume 100% boleh terima pendapat kita. Which means kalau
pendapat salah, 100% orang jadik salah. Aku taknak nyatakan conclusion
aku pasal ayat kat atas sekali tu sebab aku tak cukup ilmu bab-bab ni.
Kalau pasal matematik mungkin boleh. Sebaik-baiknya, tanyalah orang yang tahu.
"Kemudian
Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan
(agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa
nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (AL-Jaatsiyah, ayat 18)
mmm,macam mana? percaya or tak, korang selak lah balik hadis tuu sama ada betul ke salah key..saya budak baru belajar..papai! wassalam..
No comments:
Post a Comment