korang semua tolong jgn jadi mcm nie eak!
assalamualaikum..hello..ada org x tuu?? erm..arap-arap..hari nie ada laa org jenguk blog fyza ngok-ngek nie eak..hehehe.. eyh,korang apa khabar? ada yg xsihat x? lau ada yg xsihat,jgn lupa makan ubat ea..t makin melarat lak..mcm fyza..hehehe..fyza nie demam tapi,mcm org xdemam..pusing habis kepala nie..asa mcm nk cabut je kepala nie..lempar jauh-jauh..kehkehkeh..deret berangan fyza nie kan..xpa laa..bkn selalu..acece..ayat mana mau cari..:) kahkahkah..okey laa korang..hari nie fyza asa mcm benggang laa sikit at manusia luar sana tuh an..xtau laa napa..hari nie asa mcm nk makan org pon ada..hemoih-hemoih..so,apa lagi..asa mcm nk luah perasaan je at bawah nie t..korang jgn marah fyza lak..bub dok buat jiwang pala bapak apa lak an..bkn apa..time geram mcm nie laa nk lepas abis-abisan at blog nie..okey laa..fyza nk start mengamok dh nie..so,korang diam dan xperlu kata apa-apa..hehehe..sempat lagi buat lawak bodo..nah..amik nie..pada sesiapa yg follow blog fyza hari nie..yg mana terasa tuu..amik laa buat pekasam..hehehe..padan muka..
Tolong maafkan aku jika ada salah. Tolong maafkan aku jika ada yang terasa. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka. Kerana aku hanya manusia biasa. Aku tahu itu. Aku sedar itu.
Tolong maafkan aku jika ada yang terasa bila ku tegur. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka pada baris ayat. Tolong maafkan aku jika ada yang benci pada ulah kata. Kerana aku hanya. Menyampaikan kebenarannya. Tanpa aku sedar bahawa. Bahasaku melukakannya.
Tolong maafkan aku jika kamu kecewa dengan ku. Tolong maafkan aku jika kamu marah pada ku. Tolong maafkan aku jika aku menyakitkan kamu. Kerana aku kadang-kadang alpa. Pada susun kata yang ku tera.
Tolong maafkan aku jika ada yang kecil hati bila aku tidak membalas kembali jejak kehadiran. Tolong maafkan aku jika ada yang benci bila aku tidak mengikutmu seperti mana kamu hendakkan. Kerana aku hanya ingin kamu tahu. Aku tidak mahu kamu menjadi teman seperguruanku hanya jika kamu mahu aku mengikutmu kembali.
Tolong fahami aku, aku tidak pernah memaksa kamu. Jika tidak suka aku. Jangan pernah datang ke mari. Kerana aku tidak mahu kamu terluka lagi. Pada baris ayat yang aku tera, bait kata yang aku gubah. Tersirat isi-isi. Supaya kamu akan mengerti. Bahawa tiada sesiapapun yang ingin ku sakiti. Hanya mahu kamu sedar sendiri.
Tolong kenali aku sebelum kamu mahu berkata tentangku. Kerana segala isi hati, ku luahkan di sini. Tempatku bermain kata. Tempatku bersuara. Tempatku mengadu segala. Tempatku menangis hiba. Dan tempatku yang sebenarnya.
Tolong fahami aku kerana aku mahu kerana aku tidak buat ini semua tanpa tujuan. Aku tidak lakukan ini semua tanpa arah. Aku tidak laksanakan ini semua tanpa amanah. Kerana aku mahu kalian menikmati. Segala yang ku saji. Pada lewat ketik jemari. Isi hati yang kalian sendiri miliki.
Tolong maafkan aku tapi tolong juga fahami aku......:'(
tuu jaa yg fyza mampu kongsi ngan korang..mintak undur diri dulu..dhaaa..wassalam..
-nurulshafizaallyna-
No comments:
Post a Comment