**CINTA si  GULA-GULA HATI**

..kadang kala kata tidak terluah, namun biarlah penulisan merungkai kisah jiwa..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

Tuesday, December 27, 2011

from my mind...

Cinta Itu Tidak Memerlukan Sebarang Syarat.. Cinta Itu Adalah Apabila Kita Dilihat ‘Cantik’ Dimata Org Yg Menyintai Kita Ketika Org Lain Tidak Tahu Di Mana Letaknya Keistimewaan Kita.. Cinta Itu Juga Adalah Suatu Keinginan Untuk Melihat Org Yg Kita Cintai Itu Bahagia Dan Gembira Walaupun Dia Sendiri Tidak Menyedari Akan Kewujudan Kita.. Adakalanya Kita Begitu Mencari Cinta Yg Jauh Sehingga Terlupa Akan Cinta Yg Sebenarnya Selama Ini Ada Dihadapan Kita.. Memberikan Segala Sokongan.. Mengambil Berat Akan Hal Kita.. Tapi Sudah Menjadi Adat Manusia.. Yg Jauh Asyik Teringat..Yg Ada Di Depan Mata Langsung Tak Terpikat.. Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain.. Tetapi Menjadi Diri Sendiri.. Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi.. Jika Dia Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita.. Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita…:)


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.


Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan  teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
-NSAA-

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Monday, December 26, 2011

luahan untukmu...



~ANDAI KAU TAHU~
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2..
JUST FOR YOU BIE..-mama-

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Sunday, December 25, 2011

hanya tinggal kenangan...

nie kenangan gambar mr.charming tinggal at fyza...


assalamulaikum..erm..apa khabar korang semua?? sorry la dh byk hari fyza xupdate blog nie..mesti korang tertunggu-tunggu kan...emm..fyza kurang mood sikit..lagi pun sibuk melayan mr.charming..kan dy balik cuti.. hari nie..fyza terpaksa lepaskan dy balik kem..sedih n sayu rasa...dari petang kelmarin sampai hari nie..nangis jaa..fyza langsung xpuas jumpa dy...lepas rindu at dy..tp, nk buat cm na..terpaksa redha..yg paling menyedihkn fyza..smlm dy mesej fyza kejap ja..sbb dy tertidur..fyza tunggu dy sampai pukul 4 pagi..baru dy call fyza..tu pun dy senyap..xckp apa..fyza ja ckp..fyza ingat dy xberubah..ternyata fyza silap, dy byk berubah...dy dh xromantik mcm dulu..bila fyza tnya..dy ckp dy letih..ntah laa..sampai skrang fyza masih tertanya-tanya..biar laa..mybe betul apa yg dy ckp..fyza xkisah dy nk berubah asalkn dy jgn kurangkan kasih syg dy pada fyza...dy marah fyza smlm bub dy ckp fyza xpercaya kn dy...bkn masalah fyza xpercaya..bub dy berubah mmg bagi kejutan hebat lam hubungan kitorang..fyza xtau at mana silap fyza..mungkin semua nie rasa hati saja..tp, fyza percaya dy xakan sia-siakn fyza..dy terlalu baik...skarang dy suruh fyza tunggu dy habis training..okey..fyza janji fyza akan tunggu dy sampai mati..bub dy yg terakhir dlm hidup fyza..masa hari fyza jumpa dy..dy ada bagi fyza gambar dy..dgn keratan akhbar..keratan akhbar tu sal peraduan gerbang cinta musim ke-3..kata dy..bila dy baca ja keratan tu dy terus teringat fyza..dan koyak bawak balik at fyza..erm..hebat rindu dy at fyza kan..fyza pun ambil..skrang hanya tinggal kenangan..fyza kena tunggu dy dgn air mata lagi 3 bln 13 minggu.. dasyat lagi nk lalui hari-hari mendatang...tp, fyza kecewa..sepanjang dy balik cuti..fyza xappy mcm kawan-kawan senasib fyza..malah, fyza hari-hari dgn air mata...fyza xtau la nk ckp..apa sebenarnya fyza asa.. ALLAH ja yg tau..hebat sgt ujian kitorg lalui walaupun sekejap ja pertemuan kitorg..xpa laa..dy bg semangat suruh fyza sabar..fyza dh habis sabar..untuk dy fyza snggup buat apa ja..tp, kdg-kdg fyza kerdil..fyza lemah sgt nk lalui..fyza cuba jugak demi dy...fyza yakin..walau apa pun yg berlaku..dy xakan biarkn fyza terus dlm kesedihan..dy cuba appykan fyza..TERIMA KASIH BIE!! walau sekejap, tp amat bermakna buat ma..ma cintakan b,sayangkan b...sampai ujung nyawa ma..ma tau..ma dh sakitkan hati b,tp..ma xsedar betapa besar pengorbanan b..xpa la...b..apa-apa pun..jgn risau..ma akan jaga diri ma untuk b..ma akan ingat pesan b..ma akan kuat untuk jadi tulang belakang b..betul apa b ckp at ma..kalau sekarang ma xboley nk lalui dugaan yg mendatang..mcm na ma nk lalui dugaan yg lebih hebat lepas kawen..kawen bkn mcm mkn koci kan b..betul apa yg b ckp..ma buat keputusan tu sebab ma xnk kehilangan b lagi..tp, apa yg ma cuba sampaikn b..xboley paham..xpa..biar ma dgn segala rasa hati ma ja..ma doakan semoga perjalanan b balik kem lancar dan selamat..AMIN...okey lah korang..dh moody smbil meleleh dh nie..fyza out dulu..dhaa..salam..:'(

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Thursday, December 22, 2011

yeaahhaaa..mr.charming ku sudah balik...

assalamualaikum! haaa..walauweyh....appy gila kowt fyza hari nie..nk tau xnapa?? waaa...dgn bangganya nie...tgk la muka fyza nie..ada xciri-ciri org ilang suami lagi x?? hehehe..okey lah,fyza mengisytiharkan bahawa....yeaahhaa!!!! my beloved hubby sudah smp perlis la korang... hurh! akhirnya...berakhir sudah penderitaan, penyeksaan fyza selama 3 bulan.. ermmm..tanya laa apa fyza asa skrang..nk gak kasi tau korang..asa mcm berbunga-bunga luruh laa..hehehe:p best...lau korang nk gak asa cm fyza nie laa kan..dh separuh ngokngek jadinya nie..fyza advance laa..soh boy korang g training..hahaha..kompom rindu tebal cek... kuakuakua..:) erm..fyza sedih gak tadi bub xdpt jadi org first jmpa n sambut dy balik sini..tp, apakan daya..ceewaahh..hehehe... grrr...geram-geram...xtau laa apa lagi nk story at korang nie..mcm dh ilang habis punca..besa laa..tgh teruja n masih trauma.. hakhakhak...haa!! dh laa...jgn gelak kan fyza sgt...xbaik tau... erm..okey jom sambung story lagi nie.. haaa..korang mesti tertanya-tanya kan..alaa..mesti nk dating pnya fyza tuh kan..hahaha...mesti lah..tp, setakat skarang kitorg xdak planning best-best lagi laa.. hmm..btw, xpa..janji dy dh smp perlis..bkn takat perlis jaa..smp umah dgn selamat n lancarnya...(ayat budak skema) hahaha... adehyai...tudia la mau dh terlalu appy jadi xketahuan lak kan..hohoho..alaa..sebelum nie fyza asyik sedih ja kan?? bagi la chan fyza appy 5 hari nie ja..ngeee..pas nie kompom sedih balik..alamak! whatever...janji mr.charming fyza selamat kan..:) apa yg fyza tgh fikir skarang nie??? hahaha...rupa dy..alahai..fyza soh antar pict dy xnak..katanya nk suprise..hehehe..sok fyza terkejut kena sakit jantung, kang..xpasal ja KO terus..hahaha...xpa la, suprise pon suprise la..janji nanti fyza dpt masuk gak pict dy dlm blog kesayangan nie..kehkehkeh..syuuutt..diam-diam..:) erm..haish! xtau laa nk story apa lagi nie...apa kata kita sambung esok plak..hehehe..bahagianya...smp xtau nk story apa..kehkehkeh..okey lah..fyza mintak undur diri dulu nie..korang take care okeyh!! dhaaa..wassalam...

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Monday, December 19, 2011

kisah kita...


~KERANA KASIH~

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali-kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.







Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. 
CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.







Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..? 







LOVE isn't about whom you have know the longest, who came first or who cares the best... but its about who CAME & NEVER LEFT...!

Disediakan oleh,
..NSAA.. 

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

bila hati ku merindu...



Hasil ciptaan dari mama hanya untuk bie tercinta =)

Semenjak kita saling jatuh cinta
Di dalam hati berbunga kerinduan
Semakin hari semakin rasa sayang
Tak daya rasanya berjauhan darimu...
Rindu tak tertahan...
Aku rindu senyumanmu
Dan kurindu suara romantismu
Kurasakan oh bahagia
Bila kita bersama
Seksanya Penantian...
Pabila engkau tiada...
Engkaulah kekasih hati
Kuingin selalu denganmu
Agar terlepas rindu ini
Adakah kau merasakan
Sentuhan rindu ini
Sentiasa di hatimu
Semakin hari semakin kuat
Rindu... Rindu... Rinduku ini
Tak tertahan menanggung
Semakin hari semakin kuat
Cinta Cinta Cintaku ini...
Tak sanggup aku berpisah
Sayang
Adakah kau merasakan
Sentuhan rindu ini
Sentiasa di hati mu
Kekasih yang aku sayang
Sambutlah rindu ini
Sebagai kesetiaan...


**petang ini gugur juga air mata kerinduan yang lahir dari hati yang merindu..

-mama-

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Saturday, December 17, 2011

seminggu sebelum...

assalamualaikum...hurm..alhamdulillah..hari nie fyza asa tangan nie gatal-gatal ja nk update blog..tp, xtau laa napa..asa mcm nk story something kat korang semua..:) haa! before fyza start nk bagitau korang..huhuhu..hari nie fyza demam..pagi tadi pegi klinik..fyza cek BP..ahaa!! apa tuh BP?? (blood pressure) laa..hehehe..saja nk speaking..lama tinggal kan..asa teringin lak nk speaking english nie..erm..tekanan darah rendah..waaa..:'( patut laa selalu asa pening mcm nk pengsan kan..korang nk tau apa puncanya?? huhuhu..selalu tido lewat..masa tido xcukup..itu laa yg doct azman tuh ceramah at fyza td..hehehe..pas nie..janji xbuat dh eak doct..ngeee..:p okeyh! now..fyza nk start story mory gempak ngn korang nie..are you ready guest?? acece..harap korang semua dpt luangkan masa korang lama laa sikit kot..bub fyza asa posting kali nie mcm panjang laa..but..don't worry..lau entry fyza panjang sekali pun..lappy korang xkan meletup lah..betul x?? hehehe..btw, thank's sesangat tuk korang yg peminat setia blog fyza yg sudi follow keyh! Semoga ALLAH membalas jasa baik korang bub sudi jadi pendengar n pembaca yg bijaksana..ceewaahh..dh mcm syarahan..:) Jom-jom kita start...haa..korang dh baca tittle at atas?? ooo..post tittle tergantung..:) kuakuakua..saja fyza nk bagi korang suspenda..hehehe..loqlaq tol fyza nie kan..erm..actually, fyza nk story apa yg berlaku seminggu sebelum mr.charming fyza tuh g training..masuk PUSASDA..so, now..it's mean..fyza nk mengimbau balik kenangan terakhir ngn dy..bub,ptg tadi waktu fyza tgh duduk at sofa..fyza tetiba teringat balik apa yg berlaku masa seminggu sebelum dy pegi..:) jadi..tuh sebab fyza asa mcm xdpt nk pendam sorang-sorang..sebak kan..dh laa dy xcall fyza pun lagi..org lain dh dpt call..:'( sabar fyza sabar.. Okey...ermm..korang lau org tersayang nk tinggal kan korang mcm fyza skarang mesti sebelum tuh nk habiskan masa dgn dy jaa kan?? tol x?? sapa xnk kan..peluang tuh satu-satunya nk bersama..:) so, fyza pun mcm tuh laa..seminggu sebelum dy pegi..kitorg selama seminggu suntuk kuar dating beb..hehe..time tuh fyza tgh study at UiTM Arau..class ke mana..apa ke mana..hehehe..korang jgn tiru aksi fyza! bahaya..hehehe:) paling "WANTED" ponteng class...kena plak dgn nk final exam..mau xnya mengamok abis laa madam-madam kesayangan fyza..tp..fyza appy gak..nk tau napa..?? class xmasuk..but, results final still gempak..tgk laa..bini sapa..hehehe...nie semua berkat roomate fyza..yg sorang tuh..nama dy ''ecah''..lau fyza xstudy..dy laa..pengganti mak fyza...sekali dy riuh..mcm nk runtuh habis kolej Dahlia tuh..hehehe..sorry ecah..termasuk nama ecah lak lam blog nie..xpa kan..famous laa..:) toink-toink..!! erm..continue balik story kita..lari tajuk plak..haa..time fyza kuar dating ngn mr.charming fyza tuu..dy laa pegi amik fyza at kolej..sanggup redah panas mahu pun hujan..janji boley jumpa..hehehe..hebat tol superman fyza nie kan..pas ja dy pegi amik fyza..kitorang pun pegi laa at tempat selalu kami dating..alaa..org panggil apa tuh? port dating kan?? hehehe..nk tau at mana?? hohohoho...no,no,no,no...biarlah rahsia..:) mmg selalu kitorang dating at tuuutt laa..byk sgt kenangan at situ..best! lagi pun tempat tuh tenang sgt..erm..at situ, kitorang pun mula laa..sembang sal dy nk pegi training tentera..fyza time tuu..moody laa..mmg seminggu sebelum dy pegi..fyza dh xmcm fyza yg sebenar..hari-hari fyza..penuh dgn ayaq mata..sedih gila kot..fyza usaha xnk pegi stdy jauh-jauh dulu bub xnk terpisah jarak ngn dy..but, apa kan daya..nk xnk..kena redha..dy pun ckp at fyza..lau fyza halang dy sekali pun..dy tetap nk pegi..dy tetap ngn keputusan dy..dy soh fyza pikir ke dpn..jauh lagi perjalanan hidup kitorang..fyza pun, dgn hati yg xtenang terpaksa redha..hari first fyza tau dy dpt tentera..fyza mmg asa mcm nk luruh jantung nie.."Ya ALLAH, pas nie aqu nk kena hidup sorang-sorang tanpa dy..mcm na..boleh ka..??" tuu jaa ayat fyza tiap-tiap masa..mlm ja nangis..tuu ja..pegi class mata bengkak-bengkak mmg cun gila ah..:) erm..masa kitorg date tuh..fyza duduk dpn dy..mmg mulut xcakap pa..diam 1000 bahasa jaa fyza..hati terlampau sebak..dy tnya fyza.."napa dgn ma nie? diam ja dari tadi.." fyza dlm hati.."haish! dy nie..mmg nk kena luku..xkan xpaham hati aqu kowt..ka..buat-buat xpaham.." erm..fyza diam jgk..smp 1 saat fyza tatap muka dy dok tgh baca suwat khabaq..plurp! ayaq mata jatuh..tp, xdak laa bunyi cm tuh naa...hehehe.. ummm..mmg sebak gila laa time tuh..tp, dy buat muka seposen ja..ada ke patut..upanya dy xperasan fyza nangis..bub dy duk tunduk baca surat khabaq.. fyza dgn pelan-pelan..bangun dari situ..p laa duduk at kerusi lain..masa tuh fyza tgh pegang fon dy..dy plak tgh pegang fon fyza..korang nk tau apa jadi?? fyza..nangis puas-puas at kerusi tuh sorang-sorang..tetiba ada msj masuk lam fon dy.."ma, buat apa at situ sorang-sorang?? meh kat bie meh.." fyza pun apa lagi..cepat-cepat laa lap ayaq mata..satgi dy nampak..dy marah..bub dy xsuka fyza nangis..dh asa lega sikit sebak nie..fyza p duduk at dy balik..tp fyza duduk sebelah dy..tetiba dy tnya fyza..''mama tiak napa?? marah bie ka?? lau marah ckp la terus terang..xmo mcm nie.." fyza jwb secotek ja jwpn.."xla" besa laa..moody kit..dy tarik tgn fyza..n then dy ckp.."mama..bie pun lau boley xnk berjauh dgn ma..bie paham apa ma asa..tp,ma kena paham bie sama..bie nk smbung blajaq mcm ma..bie xpandai..bie ingat, nie laa satu-satunya harapan n peluang untk kita..bie buat semua nie bkn untuk bie sorang..bie buat untuk ma sama..bie mintak sangat..ma paham bie na syg.." perrhhh..meleleh lagi ayaq mata nie..um..fyza pon diam ja...dy pujuk fyza..tp, fyza xmampu nk ckp apa-apa pun at dy..bub fyza tau..betapa tulusnya hati dy..kan..ikhlasnya budi dy..smpai hari nie..fyza masih ingat kata-kata dy..tuu ja yg mampu jadi teman fyza skarang..fyza tau semua tuh..fyza cuma nk dy tau yg fyza sebenarnya takut kehilangan dy..tuu ja..fyza paling takut dlm hidup fyza..dy hadir dlm hidup fyza selama nie mcm mimpi..dan skarang..dy wujud dgn fyza..dy lalui suka, duka, gelak, tawa, dgn fyza...mmg dy yg terbaik dlm hidup fyza..sampai cinta kitorang di restui..tp, fyza dgn dy hanya mampu merancang... Kalau benar dy jodoh untuk fyza selamanya.."TERIMA KASIH YA ALLAH..." fyza telah dianugerahkan seorang insan yg xpernah mengeluh sikit pun tentang kekurangan fyza...cinta dtg tanpa di undang..dan cinta pergi dgn tanpa kerelaan..betul kan..tp, fyza yakin..dy bkn seorang insan yg hadir hanya untuk bersandiwara..tp, dy sorang insan yg hadir untuk temani hari-hari fyza dgn bahagia...fyza lau boley..nk jadi yg terbaik mcm na dy jadi yg terbaik di hati fyza..tp, fyza hanya manusia kerdil..biar lah dy syg n cinta kan fyza dgn setulus hati dy..semua tuh dh cukup buat fyza sempurna n bahagia di dunia yg nyata nie..mcm tuh laa korang..fyza just nk pesan..selagi ada org yg sudi mencintai n menyayangi kita setulus hati..sayangi n cintai laa dy balik..jgn sakiti hati dy walau sekelumit pun..bub..lau dy pergi..ingat! dy xkan berpatah balik kembali pada kita..it is the moral of the story..fyza stop at sini dulu..kita jumpa di lain entry...bub berlinang dh ayaq mata niyh..korang,lastly nk pesan nie..doakan semoga cinta kami terus bertahta dgn redha ILLAHI ea..AMIN..dhaaa...wassalam..:)

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Thursday, December 15, 2011

saya perlukan awak...



Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab ketika saya dicemuh rakan2, awaklah tempat saya mengadu dan menangis. Minta maaf sebab habiskan masa awak dengar saya menangis dan menangis tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut saya. Awak tetap di situ. I'll be your crying shoulder, kata awak.



Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab tika keluarga tidak memahami saya, awaklah tempat saya luahkan ketidakpuasan hati ini. Awak tak berhenti menasihati saya untuk tidak terus menerus menyalahkan mereka. They did for your own good, kata awak.



Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab ketika saya menghadapi tekanan awak biarkan sahaja saya melepaskan amarah pada awak. Awak diam aje bila saya marahkan awak tanpa sebab. At the end awak tanya "Dah habis dah ke marah tu?"



Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab awak bersama saya disaat saya susah. Awak hulurkan wang awak dahulu ketika saya kesempitan duit. Takpe, gaji saya dah nak masuk, kata awak. Padahal saya tahu lambat lagi.



Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab hanya awak yang cakap saya cantik walaupun dibandingkan dengan Lisa Surihani. Awak tak pandang orang lain. Kata awak, "Kenapa perlu? Saya kan dah ada awak? awak kan dah cukup cantik dimata saya."



Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab awak tetap di sini. Tetap berdiri di sebelah saya no matter what. Terima kasih awak. Saya sayang awak.





..I LOVE YOU MORE THAN LOVE..

I love you more than all the stars in the sky,
I love you more as each moment passes us by,
I love you more with every breath I take,
I love you more with each promise we make..

I need you like a flower needs the rain,
I need you for you can wash away my pain,
I need you more each day,
I need you for you are so wonderful,in every single way..

I miss you more than ever now,
I miss you because I really need you somehow,
I miss you and your touch,
I miss you for to me,
You mean so much..

I want you to look into my eyes,
and I see my love for you,
I want you to hold me close to your heart,
I want you to know that..
I love you,need you,miss you and I want you..
and I have for every single moment,
right from the start..
I LOVE YOU SO MUCH!!
_MAMA_


Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Wednesday, December 14, 2011

kenapa kita jauh? saya rindu awak...

Bie,ma tak tau kenapa. Makin lama, hari silih berganti,sayang ma pada bie makin kuat. Terasa mcm dunia nie milik kita je kan? Ma harap sgt bie takkan tinggalkan ma sbb ma tak tau mcm mana hidup ma bila bie tak da disisi ma mcm sekarang. Ma tau, ma nie bukan lah yg terbaik untuk bie. Dulu ma selalu sakitkan hati bie, selalu buat bie kecewa dgn sikap ma. Selalu buat bie terasa, selalu buat bie tension + strees dgn perangai ma kan. Ma bukan apa, ma cuma nak bie sedar yg ma sentiasa ada disisi bie. Selalu ada dgn bie. Ma tau lately bie penat sangat-sangat. Bie cepat mengantuk, bie cepat letih sbb bie keja teruk dulu nk cari duit untuk kita hidup sama-sama. And bila kita meses je, bie selalu tertidur tapi tak apalah, ma paham sbb kita kadang-kadang tuu bergayut smp pagi. Ma kesian kat bie. Tapi ma nie selalu ego! Maafkan ma sbb menganggu waktu tidur bie. Itu semua sbb ma terlalu rindukn bie. Maaf kan ma sangat-sangat. Ma tak tau mcm mana nak menunjukkan kasih sayang ma nie sbb ma tak reti, ma tak pandai mcm org lain berkasih bie. Ma tak sempurna bie. Ma nak bie sentiasa tau yg ma sayang bie, ma rindu bie:'( Ma selalu marah bie kan dulu. Selalu cakap kasar dgn bie. Selalu tengking bie. Selalu merajuk dgn bie bila bie main-main dgn ma. Maafkan ma,bie. Bie dh banyak bersabar dgn kerenah ma. Ma tau ma banyak salah dgn bie, tapi bie langsung tak pernah pertikaikan pasal ma. Bie baik sangat. Ma bersyukur sbb dikurniakn teman hidup sebaik bie. Banyak penderitaan yg kita lalui sama-sama. :( Sekarang, ma dah tau betapa berharganya bie pada ma. Bie, dengar lah disetiap bisikan  derau angin malam itu adalah hembusan kerinduan ma pada bie. Lau boleh ma dh tak nak berjauhan dgn bie lagi. Ma tau bie pun lau boley tak nak berjauhan dgn ma. Semalam ma terbaca balik meses-meses bie. Airmata ma tak dpt tahan bie. Allah sengaja menguji cinta kita bie. Ma janji, selagi ma hidup kat dunia nie, ma akan jaga hubungan kita nie. Ma tau, bukan mudah untuk kita lalui hari-hari yg sulit mcm nie sorang-sorang. Tapi, ma selalu cuba untuk jadi sorang yg tabah mcm bie. Ma yakin cinta bie pada ma tak akan pernah pudar walau sedikit pun. Bie, terima kasih atas semuanya. Bagi ma peluang untuk jadi yg teristimewa dlm hidup bie. Walaupun kita dh tak selalu bersua mcm dulu, kita dh jauh sekarang..ma tetap syg bie, ma tetap cintakan bie. Terima kasih bie..sbb bie selalu sabar dgn ma, masih setia dgn ma walaupun ma banyak kekurangan. Bie sentiasa dlm ingatan ma. Bie, ma tau saat pertemuan kita dulu adalah saat yg paling bahagia. Dlm fikiran ma hanya ada bie je. Bie pun mcm tu kan? Hanya ma je dlm fikiran bie. Bie, lau dulu apa yg kita buat semua manis kan? Tapi kan..bagi ma, senyuman bie la yg paling manis..sbb bie memang susah nk senyum. Sampai hari nie ma tak dpt lupakan senyuman bie tu. Lau boleh ma tak nak lupa sampai bila-bila. Bie, sekarang kita jauh sangatkan bie? Ma terasa sangat kehilangan bie. Tapi, bie kuatkan ma. Bie kata yg kita nie hanya jauh dimata tetapi dekat dihati. Bie, bie lah sumber kekuatan ma. Lau ma ada masalah, ma mesti story kat bie kan? Bie penasihat baik,pendengar setia ma dikala sedih kan..:) Bie jugak la pemberi semangat ma. Hari semakin berlalu, tapi ma nak bie tau yg perasaan ma pada bie tak pernah berubah. Tapi, makin bertambah ada la bie.  Pelik kan bie? Tapi, bie jangan guna alasan nie dan nak pergi jauh dari ma. Jangan tau bie.. Bie, org kata dlm percintaan nie memang banyak dugaan. Bie tau tu kan? Jadi kita hanya perlu sabar. Semua nie kejap je. Sbb tu kita kena kuat kan bie? Ma akan sentiasa ada untuk bie. Itu janji ma..bie! Moga Jodoh kita Berpanjangan dan Direstui dari semua pihak. Amin.. Ma sentiasa tunggu jadi isteri yg halal untuk bie...mcm janji-janji yg pernah kita bina dulu..kita akan bina masjid yg paling indah nanti ea bie..Maafkan ma,ini semua luahan keperitan hidup ma sekarang..Ma SAYANG Bie!!! :)

~mama~

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Tuesday, December 13, 2011

tolong maafkan aku tapi fahami aku juga...


korang semua tolong jgn jadi mcm nie eak!

assalamualaikum..hello..ada org x tuu?? erm..arap-arap..hari nie ada laa org jenguk blog fyza ngok-ngek nie eak..hehehe.. eyh,korang apa khabar? ada yg xsihat x? lau ada yg xsihat,jgn lupa makan ubat ea..t makin melarat lak..mcm fyza..hehehe..fyza nie demam tapi,mcm org xdemam..pusing habis kepala nie..asa mcm nk cabut je kepala nie..lempar jauh-jauh..kehkehkeh..deret berangan fyza nie kan..xpa laa..bkn selalu..acece..ayat mana mau cari..:) kahkahkah..okey laa korang..hari nie fyza asa mcm benggang laa sikit at manusia luar sana tuh an..xtau laa napa..hari nie asa mcm nk makan org pon ada..hemoih-hemoih..so,apa lagi..asa mcm nk luah perasaan je at bawah nie t..korang jgn marah fyza lak..bub dok buat jiwang pala bapak apa lak an..bkn apa..time geram mcm nie laa nk lepas abis-abisan at blog nie..okey laa..fyza nk start mengamok dh nie..so,korang diam dan xperlu kata apa-apa..hehehe..sempat lagi buat lawak bodo..nah..amik nie..pada sesiapa yg follow blog fyza hari nie..yg mana terasa tuu..amik laa buat pekasam..hehehe..padan muka..


Tolong maafkan aku jika ada salah. Tolong maafkan aku jika ada yang terasa. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka. Kerana aku hanya manusia biasa. Aku tahu itu. Aku sedar itu.

Tolong maafkan aku jika ada yang terasa bila ku tegur. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka pada baris ayat. Tolong maafkan aku jika ada yang benci pada ulah kata. Kerana aku hanya. Menyampaikan kebenarannya. Tanpa aku sedar bahawa. Bahasaku melukakannya.

Tolong maafkan aku jika kamu kecewa dengan ku. Tolong maafkan aku jika kamu marah pada ku. Tolong maafkan aku jika aku menyakitkan kamu. Kerana aku kadang-kadang alpa. Pada susun kata yang ku tera. 
Tolong maafkan aku jika ada yang kecil hati bila aku tidak membalas kembali jejak kehadiran. Tolong maafkan aku jika ada yang benci bila aku tidak mengikutmu seperti mana kamu hendakkan. Kerana aku hanya ingin kamu tahu. Aku tidak mahu kamu menjadi teman seperguruanku hanya jika kamu mahu aku mengikutmu kembali.
Tolong fahami aku, aku tidak pernah memaksa kamu. Jika tidak suka aku. Jangan pernah datang ke mari. Kerana aku tidak mahu kamu terluka lagi. Pada baris ayat yang aku tera, bait kata yang aku gubah. Tersirat isi-isi. Supaya kamu akan mengerti. Bahawa tiada sesiapapun yang ingin ku sakiti. Hanya mahu kamu sedar sendiri.
Tolong kenali aku sebelum kamu mahu berkata tentangku. Kerana segala isi hati, ku luahkan di sini. Tempatku bermain kata. Tempatku bersuara. Tempatku mengadu segala. Tempatku menangis hiba. Dan tempatku yang sebenarnya.
Tolong fahami aku kerana aku mahu kerana aku tidak buat ini semua tanpa tujuan. Aku tidak lakukan ini semua tanpa arah. Aku tidak laksanakan ini semua tanpa amanah. Kerana aku mahu kalian menikmati. Segala yang ku saji. Pada lewat ketik jemari. Isi hati yang kalian sendiri miliki.
Tolong maafkan aku tapi tolong juga fahami aku......:'(



tuu jaa yg fyza mampu kongsi ngan korang..mintak undur diri dulu..dhaaa..wassalam..

-nurulshafizaallyna-

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Sunday, December 11, 2011

hati seorang wanita...

assalamualaikum..hello buddies.. ermm..apa khabar korang semua hari nie?? semoga hari nie menjadi hari yg lebih baik dari semalam..:) wink,wink..dupdapdupdap..haaa..hari nie fyza xnk cakap byk..xnk melalut yg bukan-bukan..fyza nk kongsi entry nie dgn korang..harap korang semua terhibur lah eak..walaupun nie semua ala kadar jaa..fyza xsepandai korang..:) korang lain laa..ada yg dulu masa sekolah amik sastera..fyza amik akaun..bila dh plus dgn sastera nie jadi gila-gila laa sikit...kehkehkeh..okey,sudah laa..jom kita layan jap posting fyza kali nie..nk dpt A+ ka apa xtau laa...jom..:p


~HATI SEORANG WANITA~




Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,


Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya…
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF'..

haaa..amacam?? ada bakat x nk jadi penulis buku sastera plak?? also write at blog je kan?? nk gak asa tulis at buku plak..hahaha..acece..berangan kuat laa fyza nie kan..hehehe..angan-angan mak jening..adehyai..okey laa korang..fyza stop at sini dulu eak..asanya dh xdak apa yg nk di story mory kan dh..so,fyza nk wish at korang semua..enjoy your self okey!! smile :) toink,toink..fyza undur diri dulu...dhaaa...wassalam..:)


hakcipta terpelihara,
...mama...

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

sayangnya awak kat saya...

assalamualaikum..hohoho...hari nie lewat sikit eak fyza update blog nie..bub pagi tadi sibuk layan fb..ngee..sorry buat korang semua tertunggu-tunggu...haa! hari nie fyza nak kongsi apa yg berlaku sal fyza lah..xbest jugak asyik-asyik posting kata-kata jiwang n short story nie kan?sekali-sekala terasa gak nk story sal lain..tapi,korang mesti tau kan..fyza xkan story sal lain lau bukan sal mr.charming fyza..kan,kan,kan?? hehehe...xpa laa...lau korang xsuka..fyza xpaksa korang follow pon,just nak gak kongsi suka duka dgn korang an..erm..lau nk pendam sorang-sorang asa baik xpayah buat blog nie..buang masa jaa kan..betul x?? hehehe..okey lah..fyza xnak melalut panjang-panjang sgt..t korang boring lak..mai-mai..fyza nk start story mory nie..

9.30 pagi- alhamdulillah..fyza dapat panggilan dari mr.charming fyza..xsangka lak dy nk call..terkejut beruk la fyza..coz xnaik nama publik pon..waktu ncet fyza bunyi..fyza tgh dok lipat baju..lama gak laa dy bunyi baru terdetik nk angakt..bila tgk at screen ncet,xdak nama..was-was nk angkat..tapi,tah lah..hati nie terdetik kata mybe mr.charming fyza kan..so,apa lagi..angkat lah..oleh kerana xbapa yakin kata mr.charming..fyza biaq dy ckp dulu..tetiba dgr sora dy..."assalamualaikum..ma!" Ya ALLAH..mcm nk luruh jantung fyza nie..korang bayangkan lah..waktu fyza dok lipat baju tuh memang dlm otak nie dok pikir.."napa lah..bie nie xcall aku lagi!" tetiba dapat call..memang dh serupa beruk la terkejut..hehehe:)  erm..sempat gayut sat ja..dok cakap sal bisnes fyza..tetiba dy ckp syiling nk habis..sedihnya..elok fyza diam..dy ckp,"xpa-xpa..sat dy nk naik amik syiling lain..fyza pon ckp "ok laa..ma tunggu.."...

9.45 pagi- haaa...tunggu laa fyza nie..akhirnya dy call gak..cepat gak dy g amik syiling..kitorang pon sambung la borak-borak...dy tnya fyza..."napa suara mcm org xsihat ja nie mama?'' fyza ckp "xla..sihat..jgn isau laa.."..dy senyap jaa..ermm..mybe dy isau kan..fyza pon isau gak at dy..fyza pon tnya la khabar..:) dy ckp,''alhamdulillah dy sihat''...ummm..mcm nk nangis fyza dengaq sora dy...rindu sgt at dy..bub dulu bila bangun pagi..ada mses dy..tapi skrang..nk dgr sora pon susah...fyza appy sgt hari nie..bub dy buat fyza senyum balik...caring sgt bie at ma..ma xtau cm na nk balas jasa baik bie at ma selama nie..byk sgt pengorbanan bie at ma..bie,lau bie nk tau..ma at sini xpernah lupa bie walau sesaat bie..ma xtau nk ckp cm na bie..ma asa sunyi sgt-sgt idup ma xdak bie..dulu ma bodoh!! ma nyesal bub selalu sakitkan hati bie..ma sanggup nk putuskan hubungan kita bub ma terlalu ikutkn kata hati ma..tapi,ma xakn lupa kata-kata bie.."nak putus,putus la..selagi bie bernyawa at dunia nie..bie akn jaga ma,sbb ma dh jadi separuh tanggungjawab bie!!"skarang,ma dh sedar..betapa berharganya kasih syg bie at ma..bie,ma cinta bie sampai hujung nyawa ma..ma tau,xsemudah apa yg kita ckp kan..tapi,cinta n kasih syg bie pada ma...sgt bernilai..pengorbanan bie..titik peluh bie..ma xtau mcm na nk balas semua tuh...ALLAH tau segala isi hati ma..bie,lau suatu hari nanti impian kita tercapai dgn redhanya..ma nk bie selalu bertahta at ati ma mcm skrang..tapi,lau sebaliknya berlaku..ma nk bie cari pengganti hidup bie yg jauh lebih baik dari ma..kita hanya mampu merancang bie..ma tau..ma xpernah sempurna di mata bie..tapi,ma yakin ma boleh n ma akn selalu cuba jadi yg sempurna untuk bie sorang..ma nk cantik mcm org lain,bie xbagi ma bergaya kan?? calik makeup sikit pon bie xbagi kan? ma paham..ada sebab bie xbagi ma buat semua tuh..betapa sygnya bie at ma..bub takut org lain rampas ma dari bie..bie ckp,ma dh cukup cantik di mata bie..alhamdulillah,ma bersyukur sgt..bub masih ada yg lihat ma dgn kejujuran hati..ma tau,tulusnya hati bie terima ma..ma nk apa pon..bie mesti bagi..bie mesti tunai..bub bie xnk ma sedih,kecewa n hampa..ma faham semua tuu..bie..sampai mati ma xakn jumpa lelaki mcm bie..bub bie satu-satunya untuk sempurnakan hidup ma..ma janji,selagi ma bernyawa di dunia yg nyata nie..ma akn selalu cintakn bie kerana ALLAH S.W.T pertemukan kita..biar lah cinta n kasih syg kita nie kekal ke syurga bie..walau pun kita selalu leka,kita boleh mengubah segalanya..masih belum terlambat untuk kita perbetulkn segala kesilapan kita..bie,saat terpejamnya mata ma nanti..doakn ma selalu bahagia sepertimana ma asa bahagia skarang dgn bie..xpa lah bie,ALLAH sengaja jauhkan kita supaya ma sedar akn kesilapan ma selama nie..terima kasih untuk bie..yg selalu sabar menempuh pelbagai ujian dgn ma..sanggup lalui kerenah ma dgn tabah n sabar..semoga ALLAH membalas jasa budi baik bie pada ma..AMIN...ma nk bie tau yg ma sayangkan bie..sepertimana ma sygkn ALLAH S.W.T...

eeerrmmm...korang,sorry eak fyza terpaksa luah semua tuh...okey laa,fyza mintak undur diri dulu..nk solat plak..jumpa at lain entry plak naa...dhaa...wassalam..:) 


bie..ma rindu sgt kenangan kita at langkawi nie..lau laa kita boley putarkn balik
masa yg berlalu..mesti indah kan bie..??emm...:'(
kenangan nie..xkan ma lupa sampai bila-bila bie...

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Saturday, December 10, 2011

kehidupan abadi...


Assalamualaikum..korang semua buat apa tuh?? fyza xnak cakap banyak malam nie..bub moody sikit..so,just nak kongsi dengan korang semua tentang "KEHIDUPAN ABADI"..Entah laa kenapa fyza asa nak luahkan malam nie tentang kehidupan... 

Kehidupan bermula seseorang itu lahir ke muka bumi ini sehinggalah hembusan nafas terakhir. Kehidupan ini seperti roda, ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Berbekalkan semangat dan ketabahan kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini sama ada susah atau senang. Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan. Berkat usaha dan kesabaran kita akan mencapai kejayaan. Namun, tak semua yang kita usahakan, kita akan memperoleh segala impian kita. Ada masanya, semakin kita berusaha semakin dekat kegagalan yang datang menghampiri. Itulah hakikat kehidupan yang perlu kita terima, qada dan qadar yang telah ditetapkan. Sebagai manusia, kita harus sabar menghadapi ujian hidup ini.


Segala apa yang kita lakukan di dunia ini perlu disertakan dengan keikhlasan. Jangan kita harapkan sebarang ganjaran dan pujian, kerana tidak semua manusia tahu menghargai. Jarang manusia menghargai apa yang mereka ada dan yang mereka terima. Sudah menjadi adat kesilapan sebesar zarah, itulah yang mereka nampak dan sering perkatakan. Begitulah kehidupan, langit tak selalunya cerah, ada masanya mendung dan kemudian hujan datang menimpa. Jadi perlulah kita sediakan payung sebelum hujan. Kita perlu bersedia sentiasa dalam menghadapi sebarang kemungkinan.


Kehidupan ini penuh ranjau dan duri. Berbekalkan semangat, azam dan usaha yang gigih kita akan terus melalui denai-denai kehidupan ini. Ada masanya kita merasakan kehidupan ini terlalu indah. Ada masanya kita merasakan kita bersendiri menjalani kehidupan ini walaupun kita berada di tengah kesibukan kota. Itulah warna-warni kehidupan. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan, menjadikan kita semakin matang dan bijak membuat keputusan.


Kesimpulannya, gembira atau tidak, suka atau tidak, kita perlu meneruskan hidup ini. Suka, duka adalah permainan kehidupan dan kita tidak dapat lari dari merasainya. Carilah kegembiraan dan carilah kebahagiaan. Teruskan perjalanan hidup ini bersama semangat dan keazaman. Tanyalah diri apa yang kita inginkan kerana hati tidak pernah menipu dan di situ kita akan bertemu jawapannya.



Okey laa..asanya setakat tuu ja yg fyza mampu kongsi dgn korang...fyza mohon undur diri dulu..maaf kan fyza lau ada salah dan silap...:) dhaa..jumpa lagi di lain entry...wassalam...


~NSAA~

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!