**CINTA si  GULA-GULA HATI**

..kadang kala kata tidak terluah, namun biarlah penulisan merungkai kisah jiwa..



Cute Polka Dotted Red Bow Tie Ribbon

Thursday, September 27, 2012

Harapan Dan Luka Yang Ditinggalkan...


Lumrah manusia. Kita memang akan hidup dalam harapan. Harapan? Suatu benda yang tak pasti akan berlaku pada masa yang akan datang tapi manusia tetap masih mahu mengharapkan harapan itu agar benarbenar berlaku


Kita mahukan itu dan kita mahukan ini. Kita mahukan yang itu juga, tak kira apa yang berlaku. Dan tanpa kita sedar, kita sedang meletakkan harapan dan berharap agar kita akan dapat apa yang kita nak walaupun pada jauh di sudut dasar hati kita, kita tahu tak semua harapan akan menjadi realiti



Dan apabila harapan itu tidak menjadi realiti, sakitnya sungguh terasa dalam hati, kesakitan yang tak mampu diucapkan melalui katakata



Tanpa kita sedar, kita juga sering memberi harapan kepada orang lain. Janji itu ini, meletakkan satu imaginasi yang tinggi kepada orang lain sehinggakan orang lain itu hidup dalam harapan tersebut.



Dan apabila kita langgar janji dan harapan itu, hancur dalaman kita bukan? Sakitnya ~



Tapi sedar atau tak, kita masih hidup dalam harapan lagi. Kenapa kita masih berdegil? Masih berkeras kepala? Masih mahu hidup dalam harapan sedangkan kita sendiri tahu dan perkara ini telah kita semat dalam hati sejak kita kecil lagi bahawa harapan tak mungkin akan jadi realiti? 

** "Berdosa hukumnya bagi seseorang yang dah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang lain, tapi tak tunaikan janji tu. Sebab manusia ni hidup dengan HARAPAN dan bergantung pada janji.... " - Credit to SOMEONE bla,bla,bla..
Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Thursday, September 20, 2012

Perjalanan kehidupanku...


Hidup ini adalah sebuah perjalanan. Perjalanan antara dua alam. Dari alam roh, ke alam manusia, kembali ke alam yang baqa.. Antara perjalanan ini, ada berbagai onak dan duri yang harus ditempuhi sebelum tiba ke destinasinya. Destinasi kamu bukan di sini, wahai diri.. Destinasi kamu masih jauh lagi beronak dan berliku.. Destinasi kamu adalah destinasi yang memerlukan kamu kuat semangat, dan ketabahan, untuk kamu berjaya menuju ke destinasi kamu..

Dalam tanpa sedar, rupanya setiap apa yang dilalui ada Allah di mana-mana. Allah di sana, Allah di sini. Semuanya dari Allah. Allah dah turunkan kitab buat kita sebagai panduan untuk kita melalui hidup ini. Walau kita tidak nampak Dia, namun Dia sentiasa mengawasi kita. Dia sentiasa dekat dengan kita. Dia sentiasa membuka pintu untuk kita apabila kita mengetuk pintuNya.. Di kala kita sedih, Dia sebenarnya turut sama merasakan kesedihan kita.. Dia nak kita kuat bila kita bersedih. Dia nak bagi hikmah dan ilmu dari ujian yang membuatkan kita bersedih tu. Dia ada, Dia sentiasa mendengar luahan hati kita. Dia sentiasa melihat kita, Dia sentiasa merenung kita. Cuma kita tidak nampak Dia.. tapi hati yang ikhlas dan bersih akan dapat merasakan kehadiran Dia dalam hidup kita.

Allah.. walaupun hidup aku penuh dengan kesedihan, penuh dengan masalah, penuh dengan liku, penuh dengan caca merba..juga penuh dengan kebahagiaan dari keluarga tercinta.. namun aku tahu Kau tetap berada di samping aku.. Memberi hidayah dan petunjuk buat aku menempuhi hidup yang sementara ini. Takda satu pun yang kekal bersamaku, melainkan hanya Engkau ya Allah, Tuhan yang kekal..

Setiap kali aku bersedih, Kau berikan aku sifat pelupa untuk aku lupakan kesedihan aku..

Setiap kali aku bermuram durja, Kau hantarkan hambaMu yang ikhlas untuk aku senyum semula..

Setiap kali aku hilang punca untuk menyelesaikan masalahku,Kau berikan aku tikar sejadah untuk aku bersolat dan meluahkan segalanya padaMu..

Setiap kali aku marah, Kau berikan aku hidayah dan peringatan bahawa marah itu datangnya dari musuhMu dan juga musuhku supaya aku bersabar..

Setiap kali aku hampir berputus asa, Kau berikan aku ruang untuk aku memikirkan jalan terbaik dalam hidupku..

Setiap kali aku gembira, Kau berikan aku peringatan bahawa itu semua adalah nikmat kurniaanMu..

Setiap kali aku dalam kejayaan, Kau membuatkan aku sedar bahawa kejayaan itu adalah pinjamanMu semata-mata, supaya aku tidak mudah lupa diri..

Setiap kali tiada siapa-siapa di sisi ku dan aku kesunyian, Kau hadir menemani aku..bahawasanya aku tidak pernah bersendiri..

Ya Allah, ya Tuhanku..Engkau Maha Pengasih..lagi Maha penyayang..

-NURUL SHAFIZA ALLYNA BINTI ALIM-


Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Tuesday, September 18, 2012

Kebahagiaan awak untuk saya...

..MUHAMAD FIRDAUS BIN SUHAIMI..

~✿..Semoga MELIHAT kebahagiaan awak yang tidak pernah saya kecapi itu, masih mampu membuat saya sentiasa TERSENYUM, REDHA dengan ketetapanNYA, SABAR dengan ketentuanNYA, dan BERSANGKA BAIK dengan aturanNYA..✿~

InsyaAllah, semoga dalam KEKURANGAN dan KEPAYAHAN..saya masih mampu MENDOAKAN kesejahteraan awak..semoga tidak timbul iri hati dan dengki..
Semoga yang lahir dari sudut hati adalah DOA yang TULUS dan BISIKAN IKHLAS..
“saya tumpang bahagia untuk awak”

Semoga melihat kebahagiaan awak itu, menjadi KEBAHAGIAAN buat saya..

  Saya doakan awak bahagia walau bukan bersamaku..Saya terima semua ini atas nama takdir dari Ilahi..Saya turut bahagia buat awak..Terima kasih kerana awak pernah singgah dihati ini dulu..Terima kasih banyak-II sebab awak buat diri saya bahagia walau hanya seketika..Saya sangat-II menghargainya...Terima Kasih Awak..

*****
" Ya Allah, bila dia BUKAN UNTUKKU..bila dia BUKAN JODOHKU maka berilah GANTI yang lebih baik buatnya dan bantulah aku untuk MEMPERBAIKI diriku..Ya Allah, bila ini BUKAN MASANYA, bila ini BELUM SAATNYA..jarakkan kami, pisahkan kami agar kami jauh dari DOSA dan PERKARA SIA-SIA..agar kami tidak mengundang murkaMU..agar kami dapat lebih MENJAGA HATI..Ya Allah, bantulah aku menjalani hari, bantulah aku menerima KETENTUAN dengan KETABAHAN agar terhapus semua KESEDIHAN dan KEKECEWAAN..Moga aku takkan bersedih lagi di atas perpisahan yang lalu "


~❀Cukuplah aku mencintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
~❀Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...
~❀Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..aku rela serahkan rasa yang tidak sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki...
~❀Bukan tidak mahu ...lafazkan sayang pada dirimu, tapi itu lebih bermakna andai perasaan ini terjaga hingga ke Syurga, kerana itu lebih utama...
~❀Bukan tak kasihkan dirimu, tapi kerana kasih jua diri ini korbankan segala perasaan untuk mendapatkan kasihnya Dia....
~❀Biarkanlah DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
..♥(❤◕‿◕❤)...InsyaAllah...Amin Amin Ya Rabbal Alamin.....♥(❤◕‿◕❤)...
Sekarang yang ku cari hanya redha Ilahi..Moga yang hadir nanti adalah yang telah ditakdirkan oleh Ilahi..AMIN...

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Sunday, September 9, 2012

Setia itu MENYAKITKAN !


Selama ni aku selalu bercerita pasal hati aku dekat dia. Apa yang aku suka tentang dia. Apa kebaikkan dia yang buat aku suka dia. Tapi aku tak nak cerita pasal keburukan dia. Sebab aku tak nak menyesal suka dekat dia. Malah aku rasa bersyukur aku dapat kenal dengan seorang lelaki yang ada tanggungjawab terhadap future dia. Walaupun aku rasa sedih, sakit hati, terkilan, dah tak larat nak menagis disebabkan seorang lelaki. Aku dah penat nak menempuh dugaan ni. Sampai bila aku nak menunggu dia sedangkan dia langsung tak ambik perhatian dekat aku. Kenapa ar aku ni bodoh sangat buat perkara yang tak pasti. Dah 3 taun aku buat perkara yang langsung aku still tak dapat. Ada 1 ayat ni aku terbaca "Kekal Bersama Seseorang Yang Tidak Menghargai Anda, Ia Bukanlah Kesetiaan, Tetapi Ia Kebodohan" bila baca benda ni kadang-kadang ada betulnya. Sebab apa, sebab kita punya ar setia dengan dia. Tapi dia setia ke dengan kita. Sebab tu la setia itu menyakitkan. Malah macam pandang sebelah mata je kan. MENYAMPAH !!! So, apa yang aku boleh katakan di sini. Aku betul-betul dah give up dengan dia. Maybe ni juga jalan yang terbaik.
  
How much i care about you everyday. How much i love you. You know what everyday i think you always in condition good or not. But just Allah know how much i love you. Maybe some people think me crazy because why i still faithful for you. But i really-really sincere love you. Macam mana pun aku cakap benda ni memang tak masuk akal betul. WHY I SO STUPID !!!! Ya Allah bantulah aku lupakan dia. Aku dah tak sanggup nak hadapi semua ni. Biar ar usaha aku selama ni. Menjadi usaha yang sia-sia. Asalkan usaha aku untuk mendekati mu tidak sia-sia Ya Allah.




Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Friday, September 7, 2012

kau TIPU aku !

ya allah ! betapa peritnya hatiku menangung semua ini ! kenapa kau buat aku mcm ni ! kenapa kau tipu aku ! kenapa kau seksa aku begini ! kenapa dugaan ni yang kau bg kat aku ! kenapa kau kejam dgn aku ! kenapa kau sanggup buat aku mcm ni ! kenapa BIE !  kenapa ?! aku setia dengan engkau tapi ini yang kau balas dekat aku ! ! kau kejam ! aku tak boleh terima hakikat ini ! aku tak boleh terima ! aku setia dgn kau ! aku dengar segala yang kau suruh ! aku tak pernah tipu kau ! aku sanggup tak layan kawan-II rapat aku demi kau ! tapi ini yang kau balas dekat aku ! kenapa kau sangup buat aku macam ni ! aku terlalu sayangkan kau ! tapi kenapa kau sanggup buat sebegini padaku ! kau selalu ungkapkan I LOVE U kepada aku ! tapi perkataan tu tak bermakna langsung ! sudah terbukti aku tak penting dalam hidup kau sekarang ! kau kata kau sayang aku ! tapi kenapa kau sanggup buat aku macam ini ! aku tak boleh terima ni kau tau x ! tak boleh terima ! aku penuhkan hidup aku dengan tangisan ! aku penuhkan hatiku dengan kekecewaan ! aku korban segalanya kepada kau ! tapi apa yang kau bagi kat aku ! apa yang kau balas ! penderitaan yang kau bagi ! aku sedih dengan sikap engkau ! aku percayakan kau ! tapi kau hancurkan kepercayaan tu ! kau dah tusuk hatiku dgn pisau yang tajam ! hati aku dah dijijak , dicincang ! tiap hari aku menangis ! aku merana ! aku menahan kesakitan hatiku yang tak terkata ! aku selalu sabar dgn tindakkan engkau ! aku rela segalanya ! sebab aku sayangkan kau ! aku kecewa ! hidup aku kau dah musnahkan nye ! aku tau kau tengah cuti sekarang , tapi sampai hari ni aku tak tau kau kat mana ! hati aku memang tak sedap sebab aku tau kau tak akan balik dekat aku sini . Why kau buat aku macam orang BODOH dalam hidup kau ! ? !

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Tuesday, September 4, 2012

My attitude base on YOU ! !

Kadang-kadang aku rasa bengang sangat dengan manusia yang tak reti nak hormat orang, tak reti nak cakap elok-elok dengan orang.. dan bila orang kurang ajar, dikatakan nya kurang ajar.. hello kakak-II, abang-II sekalian alam... please lah, kita sama-sama manusia.. tinggi mana pun kedudukan kau, be nice la wei.. bukan apa, it's not good laa, bila orang layan kau teruk, pandai kau bising kan? orang nie sombong, orang tue kerek.. eee.. kurang ajar la dia tue.pandai kau mengkritik.. see your mirror-mirror first guys!!

Propa! aku paling benci orang propa.. nak tau kenapa? sebab aku rasa kau terlalu fake if you act like that... kenapa nak propa? euwwww -______-" kau nampak fake sangat, aku pulak tak reti propa.. if aku tak suka, aku cakap aku tak suka.. dan sebaliknya.. tapi kau kena pandai jaga pasaan orang kalau kau nak orang jaga pasaan kau, nie tak, kunun kau nak orang hormat kau, kau sendiri.. eyh! kau , aku , dia sama ja tauu.. please lah.. kadang-kadang orang memang tak cakap, sebab malas bergaduh dengan orang macam kau, tapi ingat babe.. manusia nie pun ada tahap kesabarannya..
tambah-II manusia macam aku nie!!

Dalam dunia nie, ada 3 jenis orang.. baik, sederhana baik dan jahat.. dan aku boleh jadi ketiga-tiga tuu.. like i say, my attitude base on YOU sweetheart... belajar hormat orang, buang perasaan iri hati, diva dan rasa kau cantik sangat... barulah diri kau akan tenang.. tak kemana kalau asyik nak dengki jeles bagai.. kau tetap kau dan dia tetap dia.. Chill lah, macam mana pun, kau tetap tak boleh jadi orang lain.. dan yang paling penting, kau kena bersyukur dengan siapa diri kau!! barulah kau tak rasa iri hati dengan orang lain..


GOODBYE$%^^&&#^**

Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!

Saturday, September 1, 2012

Ini SEMUA SALAH aku !

Ya ! Memang salah aku ! Semuanya salah berpunca dari aku ! Tapi aku buat semua ni sebab apa ? Kau tau ta sebab apa ? Aku buat semua ni sebab aku nak jaga hati kau ! Pernah ke kau nampak kebaikan aku selama kita kenal ? Pernah ke kau terpikir ada lagi perempuan setabah aku untuk jaga hati kau bertaun-II ? Aku ta sampai hati nak luka kan hati kau . Kau langsung ta pernah nampak pengorbanan aku mcm mana aku nampak pengorbanan kau . Aku dah buntu . Dah ta ada jalan lain . Even aku sakit hati dengan kau sekalipun pernah ke aku ta layan kau ? Pernah ke aku ta balas mesej kau ? Ta angkat col kau ? Pernah ke aku buat kau tertunggu-II aku ? Aku ta bermaksud nak salahkan kau ! Aku ta berniat nak tunjuk salah kau ! Tapi aku mohon kau pandang lah aku yang baik-II saja . Aku dah cakap aku ta boleh jadi sempurna untuk kau ! Tapi kenapa kau pilih aku dan siksa hidup aku sekarang ? Apa yang aku buat untuk kau , akhirnya aku yang terjerat . Aku terjerat dengan perbuatan aku sendiri ! Ni balasan aku demi menjaga hati kau . Biar aku yang merana . Aku biarkan kau hidup bahagia dengan tanggapan kau dan keluarga kau terhadap aku . Aku ta kisah . Kau tetap MILIK aku .  

Biar lah orang lain menganggap aku ni ta ada perasaan sekalipun . Aku dah ta pikir orang lain . Siapa lagi kata aku mcm tu ? Sapa lagi ? Even aku perasan sekalipun , aku ta pernah bertepuk sebelah tangan pun kan ? Sebab apa orang boleh cakap aku mcm tuh ? Sebab aku terlalu baik . Tapi apa yang aku dapat atas kebaikan aku selama ni ? Aku ta belajar jadi HIPOKRIT . Mak abah aku pun ta pernah ajar aku jadi mcm tuh . Kau paham ke ta ? Aku harap sangat la , sebelum aku tutup mata aku ni , kau nampak la kebaikan dan pengorbanan aku untuk kau . Aku ta mintak kau balas or hargai semua tuh . Tapi aku mintak kau jangan jadi buta hati . Semoga ALLAH S.W.T buka pintu hati kau jadi lembut mcm manusia yang ada hati perut . Dalam hati aku orang lain boleh nampak ke apa yang aku rasa ? Kekadang hati aku ni pun susah untuk ditafsir . Dan aku sendiri kekadang ta paham dan ta sedar apa yang aku buat . Yang aku tau aku buat semua tuh untuk kau . Kau MILIK aku . Disebabkan orang lain , aku dan kau jadi mcm ni ! Aku terpaksa terima walau aku rasa perit sekalipun !

Kenapa semua ni mesti jadi dekat kita ? Kenapa ta orang lain yang rasa apa yang aku tengah rasa sekarang ? Aku tabah . Aku cuba jadi penyabar . Demi sapa ? Kau pernah tau ke demi sapa ? Kalau bukan kau MUHAMAD FIRDAUS BIN SUHAIMI . Beban yang aku tanggung selama ni semakin hari semakin membuatkan aku jatuh ! Tapi aku ta kisah sebab kau MILIK aku . Aku sanggup membuatkan kau gembira walaupun aku terpaksa merasa derita . Kalau kau terbaca entry aku hari ni . Aku mintak maaf . Aku mintak maaf sangat-II . Ni lah aku yang sebenar . Aku sembunyi sedih aku dari semua orang . Tapi kat sini saja yang aku mampu buktikan marah , sedih or gembira di setiap hari aku .
Terima kasih sudi membaca entry fyza! please comment!